fbpx
Now Reading
Selepas Selangor, ‘Ketukan Misteri’, Kini Hantui Penduduk Di Melaka [Video]

Selepas Selangor, ‘Ketukan Misteri’, Kini Hantui Penduduk Di Melaka [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat, baru-baru ini kami dan banyak lagi portal tempatan ada melaporkan mengenai kejadian ‘ketukan misteri’ yang telah menghantui beberapa kampung di daerah Sabak Bernam, Selangor.

Kes berkenaan bagaimanapun mula reda selepas penduduk di sana memaklumkan tiada lagi bunyi ketukan yang kedengaran pada waktu malam.

Terbaru kejadian sedemikian dilaporkan sudah ‘berjangkit’ dan berlaku pula di selatan tanah air pula. Namun lebih mengejutkan apabila ianya berjaya dirakam dan mula tular di media sosial.

Maklumat yang diterima di media sosial mendapai kejadian berkenaan berlaku di Taman Bukit Katil Damai, Melaka pada jam sekitar 1-3 pagi beberapa hari lalu namun tiada kesahihan mengenai lokasi sebenarnya.

Menerusi video yang tular tersebut, ketukan bertalu-talu tersebut dilihat berlaku pada sliding door rumah berkenaan namun jelas tiada kelibat yang muncul atau berada di kawasan berkenaan.

Ada yang mengaitkannya dengan bunyi angin namun pengguna yang memuat naik video tersebut menyangkalnya dengan mengatakan ritma ketukan adalah berbeza dari tiupan angin.

Tuan rumah kemudiannya dilihat menghampir pintu dan dipercayai membaca ayat suci al-Quran.

Menerusi laporan Sinaran Harian, terdapat kejadian serupa yang berlaku di Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah, Melaka beberapa hari lalu.

Salah seorang penduduk Azizah Yassin, 59, berkata, dia terjaga apabila terdengar ketukan kuat dari arah rumah anak saudaranya yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

“Jadi saya hanya meninjau melalui tingkap dan tidak berani membuka pintu kerana masih teringat misteri ketukan yang berlaku di Sabak Bernam,” katanya kepada Sinar Harian

JPKK Paya Rumput Azman Abu Hassan kemudiannya mengesahkan insiden tersebut dan memaklumkan ada menerima lima aduan penduduk yang mengalalaminya awal pagi Rabu lalu.

“Kita tahu benda ghaib memang wujud, namun malam tadi (kelmarin) saya tidak terima sebarang aduan.”Kita juga membaca surah Yasin di masjid malam tadi dan berharap kampung ini aman serta tiada lagi perkara yang mengganggu penduduk,” katanya.

Turut berlaku di Taman Sri Duyong, Melaka

Dalam pada itu terdapat juga dakwaan di Facebook yang mengatakan penduduk dari kawasan lainnya turut mengalami perkara yang sama, seperti yang dikongsikan wanita ini yang menetap di Taman Sri Duyong, Ayer Molek, Melaka yang terletak hampir 40KM dari Masjid Tanah

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.