Now Reading
Gua Lipas Terbesar Di Sabah, Ada Yang Berani Nak Masuk?

Gua Lipas Terbesar Di Sabah, Ada Yang Berani Nak Masuk?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Korang pernah dengar tak tentang Gua Gomantong yang terletak di kawasan Sandakan, Sabah? Kalau tak pernah, meh kami ceritakan sedikit mengenai gua ini.

Gua ini dahulunya sangat terkenal dengan tempat tinggal bagi burung layang-layang dan menghasilkan sarang burung yang terbaik untuk maharaja China semenjak abad ke-13 lagi.

Pintu masuk ke Gua Gomantong. Kredit: Libur

Selain itu, habitat yang tinggal di gua itu pun bukan calang-calang tau! Antaranya ialah di siling gua tersebut merupakan habitat bagi berjuta-juta kelawar, manakala di lantai gua tersebut terdapat serangga lipas, kumbang, pepijat termasuklah pelbagai spesis ular yang tingga di gua itu.

Dengar je dah boleh buat bulu roma meremang bila membayangkan keadaan gua tersebut! Nak-nak lagi bila gua berkenaan merupakan paling banyak jumlah serangga lipas di dalam planet ini.

Jom, kami kongsikan kepada anda semua beberapa gambar dari sabahpost.net agar korang dapat bayangkan bagaimana keadaan didalam gua terbabit.

Kredit: sabahpost.net
Kredit: sabahpost.net
Kredit: sabahpost.net
Kredit: sabahpost.net

Tambah lagi, ada juga yang sempat berkongsikan pengalaman mereka yang pernah menjejaki di Gua Gomantong ini, malah jika diberikan ganjaran sekalipun tidak akan merisikokan nyawa mereka untuk masuk ke sana.

Kredit: sabahpost.net
Kredit: sabahpost.net

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.