fbpx
Now Reading
iPhone 12 Pro Limited Edition Tanpa Kamera Ini Ditawarkan Dengan Harga RM23,000

iPhone 12 Pro Limited Edition Tanpa Kamera Ini Ditawarkan Dengan Harga RM23,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat dunia IT terutamanya barangan Apple pasti tahu yang peranti iPhone 12 begitu disambut baik oleh pengguna di seluruh dunia.

Walaupun berdepan pandemik dan harganya yang agar premium, ianya tetap laku dan habis di pasaran. Antara yang menyebabkan orang memilih peranti ini adalah kerana kameranya terutamanya varian Pro ataupun Pro Max yang sentiasa menjanjikan kualiti gambar yang memang memang terbaik.

Justeru ramai orang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk mendapatkan model flagship iPhone itu yang harganya mencecah RM6,669.

Namun tahukah anda terdapat iPhone Pro/Pro Max limited edition yang dijual pada harga lebih mahal malah lebih unik?

Caviar, sebuah jenama daripada Russia ini begitu terkenal kerana sering menghasilkan kerangka unik buat iPhone dengan harga yang premium. Antara keunikan kerangkanya adalah menggunakan emas, titanium dan design ‘rare’ dengan kuantiti yang rendah.

Namun kali ini mereka mencipta kelainan ‘melampau’ dengan menawarkan iPhone 12 Pro ‘Stealth’ iaitu iPhone ‘custom’ tanpa kamera dengan harga bermula dari USD $4,990 (RM20,321) – USD $6,750 (RM27,489).

Tanpa kamera??

Ya! Mereka membuang 3 sistem kamera belakang yang menjadi simbolik iPhone Pro/iPhone Pro Max dan menyahaktifkan fungsi kamera depan.

‘Untuk mereka yang mahukan rasa selamat’

Alasan yang mereka gunakan ialah golongan elit begitu pentingkan privasi. Justeru penawaran iPhone 12 Pro tanpa kamera sebegini akan membuatkan penggunanya merasa lebih selamat tanpa risau diceroboh oleh penggodam.

Bukan itu sahaja, telefon yang diselaputi titanium ini hadir dengan dua warna iaitu Titanium Alloy yang sedikit murah dan Titanium Gold yang lebih mahal. Selain kamera itu juga tidak memiliki sensor LIDAR. Mereka bagaimanapun masih mengekalkan fungsi Face ID.

Difahamkan nama iPhone Pro Stealth ini diambil sempene jet pejuang Stealth yang mempunyai kelebihan untuk mengelak dari dikesan musuh. Peranti ini bagaimanapun hanya ditawarkan 99 unit, demi menjaga ekslusivitinya.

Namun buat anda yang mahukan Iphone dengan mereka terdapat keranga yang dihasilkan mereka antaranya iPhone 12 Tourbillon carbon gold namun harganya mencecah USD $10,000 RM (40,700)

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.