Khairy Jamaluddin Dedahkan Rupanya Sandbox Dalam Drama Start-Up Wujud Di Malaysia

Kebanyakan drama-drama Korea tentunya memberikan impak yang berlainan terhadap para peminat drama Korea, betul tak?
Terbaru, drama Korea iaitu Start-Up baru sahaja menamatkan episod terakhirnya pada 6 Disember yang lalu. Nak tanyalah kan best tak ending cerita tu?

Mesti ramai yang tertanya-tanya kan sama ada Malaysia juga mempunyai kehebatan seperti drama Start-Up yang cuba menonjolkan Sandbox dalam drama tersebut. Betul kan?
Menerusi perkongsian Khairy Jamaluddin yang juga merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ini memuat naik posting di laman Twitternya pada 8 Disember yang lalu.
Launching our second @SandboxMalaysia Drone & Robotics test site this morning after FELDA. This one is an urban setting testing drones and robotics in manufacturing, logistics, etc. I want Malaysia to be a leader in drone tech & transform into a low-touch, high-tech economy.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) December 8, 2020
Dalam perkongsiannya itu, beliau memberitahu tentang perkembangan National Technology and Innovation Sandbox (NTIS), ternyata Sandbox yang dipamerkan dalam drama tersebut rupa-rupanya wujud di Malaysia juga. Hebatlah!

Malah, beliau juga sempat mendedahkan bahawa beliau merupakan #TeamHanJiPyeong. Nampaknya, KJ pun tak terlepas tonton drama Start-Up ini juga ya.
Haa…Korang pula sokong #TeamNamDoSan atau #TeamHanJiPyeong? Mana satu?