fbpx
Now Reading
Tular Foto Gigih Bekerja Walau Sudah Berusia, Ustaz Ebit Lew Lawat & Bantu Aunty FoodPanda

Tular Foto Gigih Bekerja Walau Sudah Berusia, Ustaz Ebit Lew Lawat & Bantu Aunty FoodPanda

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular sekeping foto memperlihatkan seorang wanita warga emas namun masih bekerja sebagai pekerja penghantaran Food Panda sedang duduk sambil meneliti telefonnya di sebuah restoran di Bandar Sunway.

Foto berkenaan menarik perhatian netizen memandangkan wanita berkenaan dilihat masih gigih bekerja sedangkan wanita sebayanya sudahpun berehat dan hanya melakukan kerja-kerja ringan.

Foto berkenaan rupanya turut menarik perhatian penceramah bebas dan aktivis Ustaz Ebit Lew yang akhirnya tampil bertemu wanita itu untuk bertanya khabar.

Bekas penulis majalah Inggeris namun hilang pekerjaan awal PKP

Jelas Ustaz Ebit, aunty yang tular itu dikenali sebagai Christine Ti yang berasal dari Kuala Lumpur. Jelasnya wanita berkenaan sebenarnya seorang penulis bagi sebuah majalah berbahasa Inggeris namun diberhentikan sewaktu awal Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan.

Justeru bagi menampung hidup dia telah bekerja sebagai penghantar makanan dan melakukan penghantaran mengunakan kereta kancil miliknya.

“Kuat berusaha dan suka menolong orang. Tinggal berdua dengan adiknya. Mak baru meninggal dunia. Menangis Sebelum ini kerja writer english magazine. Pandai english. Hebat tulisannya. Semenjak awal pkp hilang kerja.

Bantu baiki kereta kancilnya

“Mula kerja food panda guna kereta kancil lama.Saya tolong repair kereta kancil auntie. 25 tahun kereta ni. Katanya dia sangat sayang keretanya. Gantikan tayar baru dan service” jelas Ustaz Ebit

Dalam pada itu UEL turut memaklumkan akan menemui aunty itu sekali lagi untuk melihat keadaan rumahnya yang difahamkan ada sedikit kebocoran dan kerosakan.

“Baik aunty ni. Doakannya”

“Seronok menangis gembira bila saya tolong repair kereta ni. Beri sedikit duit belanja. Dan nanti nak tengok rumahnya dengarnya dah bocor dan ada kerosakan. Tadi masa parking,dia nak bagi tiket parkingnya bayarkan untuk kereta kawan-kawan saya. Takper auntie. Baiknya.

“Doakan auntie ni. Katanya best kerja begini. Anak muda semua baik-baik. Tiada politik kerja. Tengah kesana sini. Tengok ada job rm4 masuk. Happy auntie ni. Lepas tu ada lagi job rm7. Jarang dapat rm7. Sedihnya rasa. Kuat dan rajin-ebitlew

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.