fbpx
Now Reading
Video Parodi Lelaki Remaja Balik Kampung Ala Filem Hindustan Raih Pujian Netizen

Video Parodi Lelaki Remaja Balik Kampung Ala Filem Hindustan Raih Pujian Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Korang mesti pernah tengok kan filem Hindustan Khabi Kushi Khabi Gham masa dulu-dulu betul tak? Mana taknya filem ini memang bikin orang menangis dibuatnya selepas menonton filem tersebut. Tapi bukan itu yang nak diceritakan.

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan seorang remaja lelaki cuba meniru babak Shah Rukh Khan yang berlari turun dari helikopternya dalam filem tersebut.

Kredit: Tiktok/@iamsyaz_34

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikToknya itu menunjukkan kelainan yang dibawa oleh lelaki remaja ini hingga membuatkan ramai yang terpegun dengan hasil kreativitinya itu.

Remaja ini dilihat melakonkan semula babak tersebut dengan berlatar belakangkan pemandangan sawah padi di tempatnya. Apa yang paling mengagumkan orang ramai, hasil suntingan video tersebut kelihatan smooth tanpa sedikit pun gegaran yang terhasil dari kameranya.

Tambah lagi, video berkenaan diletakkan background music filem tersebut, siap ada slow motion pula tu yang diletakkan. Hebat betul cara editing anak muda sekarang ini!

Selain ramai yang memuji akan kehebatan mereka dalam menyunting video tersebut, malah setelah menonton video parodi tersebut ada juga yang memintanya agar menunjukkan video behind the scene mereka itu.

@iamsyaz_34

Reply to @neezadahalan, behind the scene🤭 begitu la ceritanya😂 #fypシ #foryoupage #kampungku #tiktokmalaysia #tutorial

♬ original sound – random verified user

Yang paling kelakar ialah pelakon video tersebut hanya menggunakan selipar jepun ketika melakonkan babak berlari di sawah padi. Legend habis kasut tu, mungkin lepas ini harga kasut selipar jepun akan naik kot!

Kredit: Tiktok/@iamsyaz_34
Kredit: Tiktok/@iamsyaz_34

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.