fbpx
Now Reading
Akibat Kemurungan & Gagal Urus Diri Sendiri, Wanita Hidup Dengan Sampah Selama 20 Tahun

Akibat Kemurungan & Gagal Urus Diri Sendiri, Wanita Hidup Dengan Sampah Selama 20 Tahun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setelah sekian lama hidup bersendirian tanpa ada yang menjenguknya di rumah, seorang wanita warga emas mengalami masalah depresi dan kemurungan hingga menyukarkan dirinya untuk menguruskan diri sendiri.

Sylvie,60 yang berasal dari Yorkshire, United Kingdom memaklumkan dia sepanjang 20 tahun tinggal seorang diri dengan hanya bertemankan timbunan sampah yang berlonggok di segenap penjuru rumahnya.

Kredit: Harian Metro

Disebabkan ruang yang terbatas untuk melakukan pergerakan, wanita ini mengambil jalan mudah dengan memakai lampin pakai buang gara-gara kerana sukar untuk ke mana-mana termasuklah tandas dan dapur.

Malah, dia juga mengakui terpaksa duduk di depan pintu rumahnya dek kerana kawasan rumah yang sudah dipenuhi dengan timbunan sampah.

“Ini sangat teruk, saya rasa sangat malu. Tetapi saya tidak dapat uruskannya kerana kemurungan dialami.

“Di mana-mana saja ruang dari lantai sampai ke siling dipenuhi sampah sampaikan saya terpaksa tidur di atasnya.

“Saya hanya gunakan bilik air jika saya dapat memanjat sampah, malah saya juga tak dapat masuk ke dapur,” katanya.

Kredit: MSN.com

Namun begitu, kisahnya kemudian mendapat perhatian beberapa jiran yang baik hati yang menyedari wanita ini tidak pernah dilihat membuang sampah. Mereka kemudian menjenguk rumah Sylvie dan baru menyedari betapa teruknya kondisi rumah tersebut.

Hasil gotong-royong jiran-jiran bersama sebuah badan amal Community Bees, longgokan sampah seberat 30 tan berat berjaya dikeluarkan malah rumah Sylvie juga kini terlihat cantik dikemas.

Kini, wanita berumur ini sudah mampu menjalani kehidupannya dengan lebih sihat dan paling penting sekali ialah selesa. Ingat, sibuk-sibuk juga tapi jangan abaikan kebersihan pula tau!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.