Berang Tidak Dilamar Setelah 8 Tahun Bercinta, Wanita Bertindak Saman Kekasih
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Apalah gunanya bercinta bagai nak rak bertahun lamanya namun tidak berakhir dengan hubungan yang sah bukan?
Itu yang dirasakan seorang wanita dari Zambia, yang mula muak dan kecewa kerana kekasihnya masih belum melamarnya sedang mereka sudah bercinta 8 tahun lamanya.
Bagi Gertrude Ngoma, 26 teman lelakinya, Herbert Salaliki, 26 tidak serius dalam perhubungan mereka sehingga membuatkan dia nekad membawa hal berkenaan kemuka pengadilan.
Dia kemudian memfailkan saman terhadap Herbert yang juga bapa kepada seorang anak mereka.
“Dia tidak pernah serius, itulah sebab saya membawanya ke dia ke mahkamah kerana saya berhak mengetahui perancangan ke depan dan masa depan kami,” kata Gertrude sewaktu di mahkamah.
Teman lelakinya difahamkan sudahpun menyediakan mas kahwin namun masih belum mempunyai kewangan yang cukup untuk melangsungkan perkahwinan.
Tambah Gertrude lagi, dia meragui teman lelakinya itu selepas merasakan lelaki berkenaan seolah ada hubungan dengan seorang wanita lain.
Herbertu pula dalam pembelaan mendakwa teman wanitanya tidak mempedulikannya selain mengakui dia berdepan masalah kewangan dan dalam kondisi yang tidak mengizinkan untuk berkahwin.
Hakim yang mengetuai kes bagaimanapun memutuskan kedua mereka perlu mencari jalan perdamaian di luar mahkamah memandangkan mereka belum berkahwin.