fbpx
Now Reading
Gara-Gara Tali Jambatan Terputus, 30 Peserta Miss Thailand Terjatuh Dalam Kolam [Video]

Gara-Gara Tali Jambatan Terputus, 30 Peserta Miss Thailand Terjatuh Dalam Kolam [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai video yang memperlihatkan seramai 30 peserta Miss Thailand terhumban ke dalam kolam gara-gara tali jambatan yang dinaiki mereka terputus di sebuah restoran yang terletak di Chiang Mai, Thailand.

Menurut New York Post, insiden tersebut berpunca kerana tali jambatan tersebut tidak mampu menampung jumlah berat badan kesemua peserta Miss Thailand dalam satu masa.

Kredit: detikHOT

Sehubungan itu, kejadian tersebut menyebabkan seramai 3 orang peserta mengalami kecederaan, manakala peserta yang lain mengalami luka pada bahagian kepala, tangan dan juga kaki. Justeru itu, mereka dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sebelum kejadian, kesemua peserta Miss Thailand sedang rancak melakukan pelbagai posing di atas jambatan, malangnya ketika mereka mula tersenyum tiba-tiba jambatan tersebut runtuh lalu terjatuh ke dalam kolam di sebuah restoran pada 7 Disember yang lalu.

Kredit: Tribunnews.com

Dalam pada itu, Worapot Chatkanjana, 43, yang merupakan pemilik restoran berkenaan akui dirinya berasa malu dan bertanggungjawab ke atas peristiwa yang menimpa para peserta Miss Thailand.

“Jambatan ini kukuh. Saya tidak pasti bagaimana ia boleh runtuh. Saya akan pastikan kejadian ini tidak berlaku lagi,” katanya.

Dia juga turut memaklumkan akan membayar kos rawatan dan dobi mencuci pakaian yang dikenakan ke atas 30 peserta pertandingan pada waktu itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.