fbpx
Now Reading
Cari Ketenangan, Lelaki Berjalan Sejauh 420KM Selepas Bertengkar Dengan Isteri

Cari Ketenangan, Lelaki Berjalan Sejauh 420KM Selepas Bertengkar Dengan Isteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bunyinya seperti tidak masuk akal bukan?

Namun itu yang dilakukan seorang lelaki dari Como, Itali dimana dia dilaporkan telah berjalan kaki sejauh 420 kilometer selama 1 minggu hanya untuk mendapatkan ketenangan selepas bertengkar dengan isterinya.

Lebih mengejutkan apabila lelaki berusia 48 tahun itu hanya berjalan sehelai sepinggang dan tidak menumpang mana-mana pengangkutan sepanjang perjalanan tersebut.

Kisahnya kemudian menjadi tular di Itali sehingakan netizen di sana menggelarkannya sebagai Forrest Gump Itali.

Tindakan lelaki ini menyebabkan netizen menggelarnya sebagai Forrest Gump Itali. Foto : Forrest Gump

Menerusi laporan Oddicity, lelaki berkenaan juga langsung tidak berhenti berjalan sejak dari itu dan hanya berhenti selepas ditahan oleh kereta polis pada jam 2 pagi di sebuah kawasan yang bernama Gimarra, Fano yang terletak di pantai Adriatik, 418 kilometer dari rumahnya.

Anggota polis berkenaan kebetulan sedang meronda bagi memastikan penduduk di kawasan berkenaan tidak melanggar perintah berkurung yang dilaksanakan pihak berkuasa.

Dia kemudian di bawa kebalai untuk disoal siasat sebelum polis menyedari dia adalah lelaki yang dilaporkan hilang oleh isterinya beberapa hari lalu.

Sewaktu disoal, lelaki ini kemudian menjelaskan secara terperinci segala yang terjadi. Dia menjelaskan yang dia telah bertengkar dengan isterinya pada seminggu sebelumnya dan bertindak keluar dari rumah untuk memenangkan kepala, namun dia tidak pernah berhenti sejak dari itu.

Foto via Google Maps

Dengan berjalan secara purata 60km sehari, lelaki berkenaan turut memaklumkan yang dia tidak menggunakan apa-apa pengangkutan dan hanya hidup dengan makanan dan minuman yang diberikan orang-orang yang ditemuinya didalam perjalanan.

“Saya terus berjalan dan tidak pernah berhenti,” ujar lelaki itu. “Saya tidak menggunakan apa-apa pengangkutan.

“Selama itu saya hanya hidup dengan makanan serta minuman yang ditawarkan kepada saya oleh orang-orang yang baik sepanjang perjalanan saya. Saya berada dalam keadaan baik sahaja namun sedikit letih.”

Polis kemudian memutuskan untuk membebaskan lelaki tersebut dan menyediakan sebuah hotel untuk bermalam sementara menunggu isterinya datang menjemputnya. Dia bagaimanapun dikenakan denda sebanyak €400 (RM1970) kerana melanggar arahan perintah berkurung.

Kredit Foto Header : Clem Onojeghuo/Unsplash

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.