Gara-Gara Picit Jerawat Di Hidung, Gadis Alami Penyakit Misteri Hingga Hilang Penglihatan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Malang tak berbau, siapa sangka hanya dengan memicit jerawat sahaja gadis ini mengalami penyakit misteri hingga menyebabkan dirinya kehilangan kedua-dua penglihatannya.
Gadis yang dikenali sebagai Mary Ann Regacho, 17, difahamkan mula mengalami masalah hormon tidak stabil menyebabkan mukanya ditumbuhi jerawat selepas melahirkan anak pada usia 16 tahun.
Mary lalu memicit beberapa biji jerawat di bahagian hidungnya sebelum mula diserang rasa sakit selang beberapa hari kemudiannya.
Mary yang berasal dari Filipina ini memberitahu bahawa kesakitan yang dialaminya itu semakin teruk selepas beberapa hari ia memicit beberapa biji jerawat di bahagian hidungnya itu.
Keadaannya menjadi bertambah parah sehingga mukanya membengkak terutamanya di kawasan yang dipicit olehnya.
“Saya fikir ia hanya jerawat biasa, tetapi sangat menyakitkan sehingga saya tidak dapat tidur malam. Saya cuba segalanya untuk kembali sembuh, tetapi tidak berjaya.
“Sekarang saya rasa wajah saya tidak sama lagi seperti dahulu,” katanya selepas insiden tersebut berlaku.