fbpx
Now Reading
Gelagat Bapa Pakai Face Mask Saiz Budak Kecil Buat Netizen Terhibur [Video]

Gelagat Bapa Pakai Face Mask Saiz Budak Kecil Buat Netizen Terhibur [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semua sedia maklum bahawa pemakaian face mask kini diwajibkan di tempat-tempat awam. Kalau tak pakai tu mahu kena kompaun RM1,000 nanti!

Tapi, lain pula ceritanya dengan bapa ini apabila video gelagatnya yang sedang memakai pelitup muka bersaiz kanak-kanak itu menarik perhatian ramai sehingga video tersebut tular di media sosial.

Alahai, terhibur dibuatnya selepas melihat video berkenaan yang dirakam oleh isterinya dan di muat naik menerusi aplikasi TikTok isterinya, @deeylarusly.

@deeylarusly

@aiimeruljuanim pak hang buat malu ja😂 dia masuk keta tgok balik muka dia baru perasan huduh nak mampoih🤣 gasakk piiii #fyp #covid2020 #maskon

♬ Happy Laughing – Sound Effect

Ketika itu, lelaki terbabit dikatakan sedang membuat pembayaran di kaunter bayaran di sebuah kedai serbaneka. Namun, gara-gara pelitup mukanya ketinggalan di rumah menyebabkan bapa ini bertindak memakai mask anaknya untuk memasuki kedai berkenaan.

Kredit: TikTok/@deeylarusly

Kalau perhatikan video tersebut, mask tu cukup-cukup untuk menutup hidung dan mulutnya sahaja. Rasa kelakar pun ada!

Difahamkan, gelagat bapa berkenaan membuatkan dua orang pekerja cashier menahan gelak akibat kelucuan yang dibuat olehnya, manakala isterinya yang merakam video tersebut tidak henti berdekah dengan kerenah suaminya itu.

Video tersebut setakat ini sudah mencapai jumlah tontonan sehingga 123.5k di aplikasi TikToknya itu, malah siap ada yang memberikan komen yang mencuit hati di ruangan komen tersebut.

Kredit: TikTok/@deeylarusly
Kredit: TikTok/@deeylarusly

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.