fbpx
Now Reading
Hanya Joget Lagu Iklan, Remaja Terkejut Dapat Tajaan Beras

Hanya Joget Lagu Iklan, Remaja Terkejut Dapat Tajaan Beras

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bunyinya macam pelik. Namun seorang remaja lelaki ini berjaya menjadi tumpuan ramai apabila menghasilkan sebuah video tarian yang sangat kreatif hanya dengan menggunakan background lagu komersial yang ‘rare’ di aplikasi TikTok miliknya.

Haa.. Korang tahu tak dia guna lagu apa? Ya, lagu iklan beras Cap Rambutan tu! Dah lama kan tak dengar lagu iklan ini “beras cap cap cap…cap rambutan!”. Menarik bukan?

Dahulunya, lagu ‘legend’ ini seringkali kita dengar di radio mahupun di televisyen. Namun, kini lagu tersebut sudah jarang dapat kita didengari, betul tak?

Lebih mencuri tumpuan apabila lelaki ini dilihat menari sambil mengenakan baju melayu berwarna hijau tua lengkap bersama samping dan songkok.

Video tersebut yang kemudiannya tersebar ke laman Twitter dan Facebook nyata mendapat pujian ramai yang terhibur dengan aksinya yang dilihat serasi dengan lagu terbabit.

Malah tarian tersebut kemudian turut menarik perhatian pengeluar beras Cap Rambutan itu sendiri sehingga mereka meminta alamatnya untuk memberikan hadiah saguhati yang berupakan bungkusan beras sebagai tanda terima kasih.

Wah! mesti tak lekang senyuman dia dekat muka kan, siap dapat tajaan beras pula tu. Tahniah ya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.