fbpx
Now Reading
Prosperity Burger, Menu Kegemaran Di McDonald’s Kini Kembali

Prosperity Burger, Menu Kegemaran Di McDonald’s Kini Kembali

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya menu yang menjadi kegemaran ramai di McDonald’s kini kembali. Selepas lama menanti Prosperity Burger kini boleh dinikmati bersama keluarga.

Menerusi perkongsian di laman media sosial mereka, Prosperity Burger sudahpun mula dijual bermula pada hari ini.

Tiada yang lebih mengiurkan selain rasa daging lembu atau ayam yang disalut dengan sos lada hitam istimewa beserta bawang Holland dan yang pastinya bersama twister fries!

Anda juga mempunyai dua pilihan samaada mahukan hidangan biasa, Prosperity Burger biasa dengan satu kepingan daging ataupun Double Prosperity Burger dengan 2 kepingan daging.

Dengan harga bermula dari RM 14.14 bagi ala-carte atau RM16.97 bagi medium value meal anda boleh membuat pesanan di mana-mana drive-thru McD berdekatan atau paling mudah dengan menggunakan McDelivery atau aplikasi penghantaran di telefon anda.

Jangan lepaskan peluang 1 tahun sekali ini!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.