fbpx
Now Reading
Senarai 10 YouTuber Paling Trending Di Malaysia Tahun 2020

Senarai 10 YouTuber Paling Trending Di Malaysia Tahun 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya tahun 2020 sudah hampir tiba ke penghujungnya. Kita kini hanya tinggal berapa minggu sahaja lagi untuk menginjak ke tahun baru.

Seperti biasa menjelang tahun baru, saluran video terbesar di dunia, Youtube pasti akan mengeluarkan senarai tahunan mereka, jadi pada 10 Disember lalu mereka telah mengeluarkan senarai pendek memperlihatkan 10 content creator paling popular di Malaysia bagi sepanjang tahun 2020 ini.

Tanpa membuang masa di bawah kami kongsikan senarai 10 Youtuber paling popular di Malaysia yang terdiri dari penghibur, gamers, selebriti masakan dan juga influencers.

Jom saksikan di bawah !

#1 Isa Isarb

Langganan : 1.8 Juta

Mendahului senarai, Isa Isarb sebelum in menjadi tumpuan kerana mengagihkan not RM1 sebanyak RM10 ribu kepada para petugas media di hadapan Istana Negara, sewaktu negara sedang berdepan kemelut politik sekitar Mac lalu.

Sejak itu saluran YouTube Isa Isarb yang penuh dengan eksperimen sosial  terus menjadi tontonan ramai dan yang paling menarik perhatian kami adalah video di atas ! Penyamaran Isa sebagai pengemis sewaktu membeli iPhone 11 Pro pada awal tahun ini.

#2 Jess No Limit

Langganan :19.6 Juta

Kami sendiri tidak pasti kenapa Youtuber atau gamer dari Jakarta Indonesia ini boleh berada di dalam senarai.

Namun secara ringkasnya Jess No Limit atau nama betulnya Justin Tobias memang terkenal di negara jiran dan Malaysia dengan rekod langganan Yooutube mereka yang luar biasa iaitu 19.6 Juta!

Namun pada kami kalau diberi peluang memilih kami lebih selesa Soloz yang berada di sini. Maaf Google & Youtube!

#3 Sugu Pavithra

Langganan : 811, 000

Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, pasangan Youtuber paling sensasi dan penrah menjadi satu fenomena di Malaysia.

Mereka yang sebelum ini bercadang meninggalkan Youtube kini dilihat sudah kembali aktif memuat naik video mereka walaupun tidak sekerap dahulu.. Good luck Sugu Pavithra!

#4 Ebit Lew

Langganan : 903,000

Satu lagi nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Seorang pendakwah dan aktivis yang sentiasa membantu sesiapa sahaja tanpa mengira perbezaan agama bangsa malahan negara.

Video-video kerja amalnya sering menjadi tontonan ramai di semua platform baik di Youtube, Facebook, Twitter, Instagram dan banyak lagi.

#5 Alieff Irfan

Langganan : 3.01 Juta

Alieff Irfan atau nama betulnya Muhammad Aliff Irfan Aziki merupakan seorang YouTuber dan usahawan yang berasal dari Kelantn. Mula dikenali menerusi video parodi dan video pendeknya sejak 2017.

Semakin menempa nama Alieff kini mempunyai lebih dari tiga juta subscribers di Youtube, satu angka yang agak tinggi berbanding Youtuber tempatan lain.

#6 Che Nom

Langganan : 871, 000

Sesuai dengan kapsyennya di Youtube. Che Nom umpama seorang ‘mak online’ yang suka mengajar masak di YouTube.

Resepi-resepinya kebanyakannya menjadi dan sentiasa menjadi reference suri rumah dan mereka ingin mencuba sesuatu masakan baru

#7 Cikidot Channel


Langganan : 910,0000

CIkidot channel yang dianggotai 3 orang saudara iaitu penyanyi Zarol Zarif (AF), Ecah Daud dan pelakon Amri Aziz.

Semakin di minati ramai dan kerap tampil dengan video challenge saluran Youtube mereka kini mempunyai 910,000 langganan

#8 Isaac Osman

Langganan : 939, 000

Isaac Osman atau nama betulnya Nur Muhammad Izzat Osman begitu terkenal di Malaysia kerana videonya yang penuh dengan aksi makan dalam kuantiti yang besar atau disebut sebagai mukbang dalam bahasa Korea.

#9 Azfar Heri

Langganan : 571, 000

Azfar Heri atau nama betulnya Muhammad Azfar Herisyam merupakan seorang personaliti media sosial Malaysia Youtuber yang terkenal dengan video mencuti hati. Berasal dari Melaka dan menetap di Kuala Lumpur namanya juga semakin meningkat naik di kalangan rakyat Malaysia dengan jumlah langganan di Youtube sebanyak 571,000 orang


#10 Bella Khan

Langganan : 1 juta

Personaliti media sosial popular, Bella Khan sangat terkenal di Twitter, IG dan semestinya Youtube. 1 juta subscriber di Youtube sendiri sudah cukup membuktikan yang Bella bukan calang-calang orang.

Mempunyai pengikut tersendiri, apa sahaja konten atau video yang dikongsikan Bella pasti akan meraih sekurang-kurangnya ratusan ribu tontonan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.