fbpx
Now Reading
Terlupa Isi Petrol Lepas Bayar, Pekerja Gigih Cari Fauzi Nawawi Demi Pulangkan Duit

Terlupa Isi Petrol Lepas Bayar, Pekerja Gigih Cari Fauzi Nawawi Demi Pulangkan Duit

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pernah tak korang berhadapan situasi dimana korang terlupa untuk mengisi petrol sedangkan korang sudah pun membayarnya? Kami yakin pasti segelintir dari anda pernah mengalaminya.

Perkara sama turut berlaku kepada pelakon dan pengarah, Fauzi Nawawi yang berkongsi perkara berkenaan di laman Instagramnya.

Namun yang menariknya untuk kejadian kali ini, suami kepada pelakon Lisdawati itu berjaya mendapatkan kembali wangnya selepas seorang individu yang dipercayai kakitangan di stesen minyak terbabit tampil menghubunginya untuk memulangkan wang berkenaan.

Dah 4 kali lalui perkara sama

“(Masuk) hari ni dah kali ke 4 jadi macamni . Masuk stesyen minyak bayar duit, beli air tin pas tu masuk kereta terus jalan . Sampai separuh jalan baru teringat yang minyak tak isi pun tapi duit dah bagi .. korang pernah jadi tak ?

“Nak pusing balik memang taklah.. mungkin sebab dah masuk highway .. dah paksa hati utk redha” tulisnya reda dengan apa yang terjadi di Petronas Grand Saga 3, Kajang Selangor.

“Memang jujur dan mulia hati adik ni”

Walaubagaimanapun tidak lama kemudianya, seorang individu bernama Zahrina yang dipercayai seorang kakitangan stesen minyak terbabit telah bertindak menghubungi Fauzi untuk memulangkan wang tersebut.

Dia yang sama sekali tidak menyangka wangnya akan dipulangkan kemudian menzahirkan rasa terima kasihnya dan memuji tindakan mulia wanita tersebut.

“Tak sangka pulak malam-malam ni ada hamba Allah yang sanggup cari saya kat IG utk pulangkan balik. Mmg jujur dan mulia hati adik ni, kalau org lain mungkin dah halalkan sendiri.

“Terima kasih Zahrina kerana sikap Amanah dan kejujuran awak hanya Allah mampu membalas budi baik dan keikhlasan hati awak” tulis Fauzi sebagai kapsyen.

Dijengah ke ruangan komen rata-rat memuji tindakan kakitangan stesen pam berkenaan dan meminta Fauzi untul lebih berhati-hati selepas ini.

Dalam masa sama, seorang netizen turut meninggalkan komen memaklumkan individu yang bernama Zahrina itu merupakan penyelianya di stesen minyak tersebut.

Jelasnya sewaktu kejadian, pekerja yang menjaga kaunter adalah seorang rakannya yang dikenali dengan nama Julia Humaira, dan dia juga adalah orang yang bertanggung jawab memaklumkan perkara berkenaan kepada Zahrina yang kemudian bertindak menghubungi Fauzi.

Apa-apa pun, tahniah dan terima kasih kami ucapkan kepada mereka yang jujur dan amanah didalam tugasan mereka. Tindakan anda membuktikan ramai lagi rakyat Malaysia yang bertanggung jawab dan amanah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.