fbpx
Now Reading
Gelagat Kucing Heret Sejadah Buat Netizen Terhibur [Video]

Gelagat Kucing Heret Sejadah Buat Netizen Terhibur [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kucing sememangnya merupakan haiwan yang paling comel di dunia bukan? Dengan telatah dan aksi lucunya itu pasti buat ramai yang tidak kering gusi dibuatnya.

Korang mesti dah biasa kan tengok kerenah si comel ini kan ? Apatah lagi tentang kenakalan si kucing yang sering dirakam oleh tuan mereka di media sosial, betul tak?

Begitu juga dengan satu video ini yang merakam gelagat si comel yang mengheret sehelai sejadah untuk solat bersama tuannya di dalam bilik. Video tersebut berjaya menarik perhatian ramai sehingga tular di media sosial.

Difahamkan ketika itu, tuan kepada kucing berkenaan dikatakan sedang mempersiapkan diri untuk menunaikan solat namun si kucing tersebut tiba-tiba muncul dengan membawa sejadah di mulutnya. Macam tahu-tahu je tuannya nak solat kan?

Kredit: Facebook/@Kiki Cekodok

Tapi apa yang paling mengelikan hati ialah apabila kucing tersebut terlihat duduk di depan tuannya seakan mahu menjadi imam bagi solat tersebut.

Disebabkan itu, kucing tersebut dimarahi oleh si perakam dan mengarahnya untuk duduk di belakang supaya tidak menganggu tuannya solat.

Rata-rata video tersebut buat ramai yang terhibur dengan kerenah si kucing itu sehingga ada yang turut memuji akan kepintaran kucing berkenaan di ruangan komen.

Kredit: Facebook/@Kiki Cekodok
Kredit: Facebook/@Kiki Cekodok

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.