fbpx
Now Reading
Lelaki Lari Ketakutan Selepas Terambil Foto ‘Hantu’ Mengintai Dari Pintu Dapur

Lelaki Lari Ketakutan Selepas Terambil Foto ‘Hantu’ Mengintai Dari Pintu Dapur

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Korang yang selalu tengok filem atau drama seram ini pasti tahu kan dekat mana selalunya ‘benda’ akan tinggal? Iya, betul dekat rumah!

Korang pernah terbayangkan tak selain korang yang tinggal di dalam rumah tu, ada ‘benda’ lain juga yang tinggal bersama? Mesti seram kan?

Foto sekadar hiasan

Itulah yang dirasai oleh lelaki ini apabila satu kejadian yang mengerikan berlaku terhadap dirinya itu sehingga bertindak melarikan diri dari rumahnya.

Ketika itu, dia yang lagi berseorangan didalam rumahnya mendengarkan bunyi aneh dari dapurnya seperti orang berjalan atau bunyi baju baju di angkat.

Kredit: Reddit

Apa yang lebih memeranjatkan lagi ketika dia sedang mengambil sekeping gambar pintunya yang terbuka itu, tiba-tiba rasa ketakutan selepas melihat seperti ada sosok tubuh yang mengintai di sebalik pintu tersebut.

Kredit: Reddit

Biarpun foto tersebut dalam keadaan kabur, namun ianya jelas kelihatan dua biji mata yang berwarna hitam itu mengeluarkan kepalanya di sebalik pintu.

Gara-gara ketakutan menyebabkan lelaki ini bertindak meninggalkan rumahnya dan kini sedang mencari tempat lain untuk tinggal. Kalau korang nak lagi ke tinggal dekat rumah tu lepas nampak ‘benda’ tu semua? Mestilah tak kan!

“Selepas mendengar bunyi ketukan dan bunyi bising dari dapur, saya ambil sekeping gambar dan lihat ini.

“Ia seperti bunyi kaki sedang berjalan atau baju digosok antara satu sama lain,” katanya.

Dengar saja pun dah seram apatah lagi jika ada dekat situasi lelaki ini kan? Mesti dah kecut perut kan dan lari lintang-pukang jawabnya!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.