fbpx
Now Reading
Bakal Mak Mertua Kutuk Lelaki Beli Cincin Tunang Berharga RM12,000

Bakal Mak Mertua Kutuk Lelaki Beli Cincin Tunang Berharga RM12,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan pastinya memasang niat untuk menghalalkan perhubungan mereka dengan satu ikatan yang sah betul tak? Namun tidak semuanya akan melalui proses tersebut dengan begitu mudah.

Terkadang kita merasakan bahawa kita sudah cukup kenal dengan perangai pasangan kita kan? Tapi belum tentu kita kenal keluarga dia.

Foto sekadar hiasan. Kredit: POPBELA.com

Begitulah kisah yang dialami oleh seorang lelaki yang berasal dari Amerika Syarikat ini apabila diejek oleh bakal ibu mertuanya gara-gara membeli cincin pertunangan yang dianggap terlalu murah dan tidak sesuai dengan status lelaki berkenaan.

Disebabkan perkara itu, teman wanitanya bertindak memulangkan kembali cincin berkenaan dan mengharapkan agar ditukarkan dengan yang lebih mahal.

Difahamkan cincin tersebut dibeli pada harga USD 3,000 (RM12,000) dan mahu ditukarkan dengan cincin yang berharga USD 10,000 (RM40,495).

Dia yang berkongsikan kisahnya di Reddit tanpa mendedahkan identitinya, kemudiannya meminta nasihat orang ramai sama ada perlu dia menghabiskan wang sebanyak itu untuk membeli cincin pertunangan yang baru ataupun tidak.

Ini kerana ibu tunangnya mahu memastikan bakal menantunya itu mengikuti budaya ‘10% dari gaji tahunan’ sebagai wang pembelian cincin, satu budaya yang diterapkan dan menjadi strategi pemasaran syarikat berlian di sana sejak dahulu.

Terpaksa berjimat disebabkan impak Covid-19

“Saya dan pasangan sudah berbincang mengenai pertunangan ini lebih setahun yang lalu. Saya mempunyai pekerjaan yang baik justeru mampu untuk membeli cincin pertunangan yang mahal dan jika saya mengikut ‘peraturan 10%’ itu, maka saya harus mengeluarkan sekitar 10-15k.

“Namun begitu, ibu bapa, kakak dan adik saudara saya telah dijangkiti Covid-19 tahun ini, dimana saya memerlukan wang untuk terus membantu mereka buat sementara waktu.

“Kakak saya pula telah kehilangan kerja jadi saya perlu membantunya, manakala tempat saya bekerja telah mengumumkan bahawa mereka akan memberhentikan 150 pekerja pada tahun depan,” tulisnya.

Foto sekadar hiasan. Kredit: Rafif Amir

Meskipun merasakan yang dia bukan diantara 150 pekerja yang akan diberhentikan, lelaki ini bagaimanapun memilih untuk berjaga-jaga kerana dia sendiri belum tahu nasib pada masa akan datangnya bersama syarikat tersebut.

Tambahnya lagi, situasi semasa yang getir membuatkan dia perlu menyimpan wang untuk situasi darurat. Disebabkan itu lelaki berkenaan memilih untuk membeli cincin emas putih yang bertatahkan berlian yang berharga USD 3,000 (RM12,000)

Teman wanita pada mula bersetuju dan gembira dengan cincin tersebut

Pada awalnya, teman wanitanya kelihatan begitu gembira melihat cincin berkenaan, tetapi tiba-tiba berubah semenjak ibu perempuan tersebut memberitahu bahawa cincin yang dibelinya itu terlalu murah sekaligus merasakan lelaki tersebut tidak menghargai anaknya malah hanya mempergunakannya.

“Saya rasa seperti orang bodoh, dia enggan bercakap dengan saya, ibu bapanya menuduh saya menggunakannya dan memperlakukannya seperti sampah. Saya cuba menjelaskan situasi saya tetapi mereka tidak mahu mendengar dan menuntut sekurang-kurang 10% dari gaji saya untuk cincin tersebut,” ceritanya.

Sehubungan itu, rata-rata ramai yang memilih untuk mempertahankan tindakannya itu dan turut mengatakan bahawa tidak perlu menghabiskan wangnya itu untuk orang yang tidak pandai menghargainya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.