fbpx
Now Reading
Manjanya! Si Kucing Cuba Peluk Tuannya Yang Sedang Tidur [Video]

Manjanya! Si Kucing Cuba Peluk Tuannya Yang Sedang Tidur [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kucing sememangnya haiwan peliharaan yang paling disukai oleh ramai orang kerana sifatnya yang manja serta melucukan betul tak? Telatahnya yang mencuit hati itu membuatkan ramai yang terkesima dengan tahap kecomelan haiwan berkenaan.

Korang pernah terbayangkan tak kalau kucing korang buat sesuatu hanya untuk mendapatkan perhatian daripada korang? Mesti cair kan!

Kredit: TikTok/ @meowscott

Itulah yang berlaku kepada pemilik kucing ini apabila kucingnya ini dikatakan cuba memanjat dan mengusapkan mukanya ke muka tuannya itu gara-gara mahukan perhatian ketika tuannya sedang lena tidur di bilik pada pukul 3.14 pagi.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, @meowscott ini menunjukkan kucing baka Siberia ini memanjat katil dan naik ke atas badan tuannya sambil memeluknya dengan begitu manja sekali.

Kucing tersebut yang diberi nama Otis ini terlihat cuba mengejutkan tuannya untuk ajak bermain dengannya.

Kredit: TikTok/ @meowscott

Selain itu, gelagat si comel tersebut berjaya dirakam oleh CCTV yang diletakkan di dalam bilik tidur tuannya itu.

Rata-rata perkongsian video tersebut mendapat perhatian ramai, bahkan ada yang turut berkongsikan pengalaman mengenai kucing mereka sewaktu tidur.

Haa…Kucing korang ada tak yang buat perangai comel macam ini? Kalau tak ada tu mungkin belum cukup kasih sayang lagi kot!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.