Now Reading
Seram! Mainan Anak Bergerak Sendiri Buat Si Ibu Ketakutan [Video]

Seram! Mainan Anak Bergerak Sendiri Buat Si Ibu Ketakutan [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Percaya ataupun tidak, sememangnya makhluk ghaib ini wujud di dunia nyata, bahkan ia boleh muncul dalam berbagai bentuk dan cara tanpa kita sedari.

Siapa je yang tak takut kalau ianya tiba-tiba muncul didepan mata kan? Nak-nak lagi jika kita keseorangan didalam rumah, masa itulah perasaan takut muncul dalam diri kita.

Itulah yang dihadapi oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Leanna ini sehingga berasa takut dan fobia selepas satu insiden menyeramkan berlaku ke atasnya.

Dia yang memuat naik rakaman video tersebut di laman Twitternya itu dikatakan sedang bersendirian di dalam rumah bersama bayinya ketika itu, manakala suami dan anak lelakinya keluar untuk menghadiri majlis tahlil.

Insiden tersebut berlaku ketika salah satu mainan anak lelakinya mula bergerak sendiri di depan matanya.

Dia yang ketika itu sedang sibuk melipat pakaian di ruang tamunya itu menyangka dia telah terduduk di atas controller trak mainan tersebut biarpun tahu remote mainan tersebut sudah lama menghilang.

Leeanna yang mula ketakutan selepas mengetahui bahawa trak mainan tersebut bergerak tanpa alat kawalan menyebabkan dia bertindak menelefon suaminya untuk segera pulang ke rumah.

Tetapi, sesudah suaminya sampai ke rumah mainan tersebut kelihatan tidak lagi bergerak seperti yang sebelum ini.

Dahulunya, dia yang mula berpindah ke rumah itu tidak mengalami sebarang kejadian aneh ataupun seram selama 2 tahun mereka mendiami rumah berkenaan.

Namun, sejak akhir-akhir ini sikap anak lelakinya, Dani dikatakan mula menunjukkan perubahan yang ketara seperti tidak berani untuk duduk di ruang tamu seorang diri. Dani yang menangis teresak-esak itu mula menarik baju ibunya agar menemaninya di ruang tamu meskipun di waktu pagi.

Sebagai langkah pencegahan, Leeanna dan suaminya difahamkan sudah menghubungi seorang ustaz bagi melihat keadaan di rumah mereka.

“Ustaz cakap memang dia ada dah kat rumah ini ya penghuni asal ya. Sebelum ini tak nak tunjuk diri sangat, semalam dia rasa nak buat nakal nak main. Percayalah benda ghaib tu ada di mana-mana saja, kebetulan kenakalan dia tu jadi dekat saya melalui remote control kereta.

“Oh ustaz cakap benda tu sebelum ini duduk atas ini, dia tunjuk atas kepala dia tu, atas kepala dia saya punya bilik tidur,” tulisnya di Twitter.

Kredit: Twitter/@Leanna_AwangJoe
Kredit: Twitter/@Leanna_AwangJoe

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.