fbpx
Now Reading
Gelagat Datuk Ismail Sabri Tiru Gaya Jalan Cucunya Buat Netizen Terhibur [Video]

Gelagat Datuk Ismail Sabri Tiru Gaya Jalan Cucunya Buat Netizen Terhibur [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak sangka gelagat Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob ini sekali lagi mencuri perhatian warganet di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di laman Instagram anaknya, Datin Nina Sabrina ini memuat naik rakaman video bapanya yang dikatakan cuba meniru gaya cucu perempuannya berjalan.

Kredit: Instagram/ @ninaismailsabri

Video yang berdurasi selama 11 saat itu menunjukkan Jeanelle Nika Mandagie atau lebih mesra disapa sebagai Jeanelle ini terlihat sedang berjalan ke arahnya lalu memeluk kaki datuknya itu.

Ketika itu, Datuk Ismail Sabri dilihat mendepakan kedua-dua tangannya sambil mengajuk gaya cucunya berjalan.

Rata-rata video tersebut berjaya menarik perhatian ramai sehingga ada yang meninggalkan komen yang melucukan di Instagram milik Datin Nina Sabrina itu.

Malah, ramai yang turut terhibur dengan gelagat yang ditunjuk oleh dua beranak ini.

Kredit: Instagram/ @ninaismailsabri
Kredit: Instagram/ @ninaismailsabri

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.