fbpx
Now Reading
Mac Mini, Macbook Air dan Macbook Pro Dengan Cip Apple M1 Kini Dijual Di Malaysia

Mac Mini, Macbook Air dan Macbook Pro Dengan Cip Apple M1 Kini Dijual Di Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya komputer kompak dan laptop Apple generasi baru dengan cip pemprosesan buatan sendiri iaitu Apple M1 yang diumumkan syarikat gergasi itu pada bulan lalu kini sudahpun mula terjual di pasaran tempatan sejak beberapa hari lalu.

Bagi pasaran komputer kompak, Mac Mini yang terdiri dari dua varian mula dijual dengan harga RM,2999.

Untuk pasaran laptop pula, Macbook Air boleh dibeli dengan harga bermula dari RM4,399 manakala Macbook Pro 13″ dari RM5,599.

Harga Macbook Air M1

Varian Macbook Air

Harga Macbook Pro 13″ M1

Varian Macbook Pro

Bagi segi warna pula, Mac Mini masih kekal dengan warna biasanya iaitu Silver manakala Macbook Air hadir dengan 3 warna iaitu, Space Gray (kelabu), Gold dan Silver . Macbook Pro 13″ pula hanya menyediakan 2 warna iaitu Space Gray dan Silver.

Pembelian untuk kesemua peranti komputer Apple ini boleh dibeli menerusi Apple Store Malaysia dan dijangka akan mula diterima oleh pengguna bermula 24 Disember ini.

Jadi buat anda yang berhajat untuk mendapat peranti komputer terbaru Apple ini bolehlah terus ke laman Apple Store Malaysia atau copy dan paste link ini : https://www.apple.com/my/mac/

Ianya juga boleh ditempah dari pengedar sah Appple seperti Machines, Mac City & Switch.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.