fbpx
Now Reading
Pernah Bergelar Pesakit Covid-19, Wanita Kongsi Pengalaman Berdepan Stigma Masyarakat

Pernah Bergelar Pesakit Covid-19, Wanita Kongsi Pengalaman Berdepan Stigma Masyarakat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah hampir setahun sejak kes pertama Covid-19 di laporkan di negara kita. Namun virus ini tidak nampak akan reda sebaliknya semakin membimbangkan.

Ianya pasti menjadi satu pengalaman hitam buat negara dan dunia khususnya frontliners yang tanpa henti berusaha dalam mengekang penularannya.

Namun yang paling terkesan pastinya adalah pesakit Covid-19 itu sendiri. Mereka sendiri sama seperti kita, tidak pernah meminta dan sehabis boleh berusaha menjauhkan diri dari wabak maut tersebut.

Namun apakan daya, bukan sahaja fizikal dan mental mereka diuji sebaik bergelar pesakit Covid, malah mereka juga terpaksa berhadapan dengan stigma masyarakat yang sebenarnya lebih ‘berbahaya’ dari wabak maut itu sendiri.

Perkara sama turut dilalui wanita ini, Hazwani Hani, seorang ibu muda yang baru saja melahirkan anaknya bulan lalu; lebih tepat sebulan selepas pulih dari Covid-19.

Menerusi laman Twitternya, Hazwani berkongsi pengalaman yang dilaluinya sepanjang bergelar pesakit Covid kepada umum demi membuka mata kita semua..

Disahkan positif Covid-19 sewaktu hamil 37 minggu

Detik hitam Hazwani bermula pada 18 Oktober 2020 selepas dia disahkan positif Covid-19. Dia yang pada waktu itu sedang hamil 37 minggu dah hanya menunggu hari untuk melahirkan anak pertamanya tiba-tiba diserang selesema yang teruk dan sakit seluruh badan.

Dia kemudian mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta sebelum disahkan positif dan terpaksa dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani kuarantin dan rawatan lanjut.

“My worst nightmare”

Terpaksa Ditahan di wad demi mudahkan urusan sebelum disahkan positif

Doktor yang memeriksanya kemudian mencadangkan agar dia ditahan di wad bagi memudahkan urusan mereka untuk memantau keadaannya tambahan lagi dia juga perlu membuat pemeriksaan bulanan kehamilan dan kebetulan ianya di sana.

Namun peraturan untuk tidur di wad di musim Covid-19 adalah perlu melakukan swab test dan menjalani iso, Hazwani kemudian membuat ujian saringan dan diasingkan. Namun bagai sudah tertulis dia kemudiannya disahkan positif pada hari sama.

Keputusan lab yang menunjukkan Hazwani Hani Positif Covid-19

Bermulalah kehidupan sebagai pesakit Covid-19 & berdepan stigma masyarakat

Mula terasa hati dengan masyarakat sekeliling terutama jiran

Mengakui dilayan dengan baik oleh petugas perubatan yang menjaganya, Hazwani bagaimanapun nyata kecewa dengan stigma masyarakat terhadap dia dan keluarga selepas kisahnya mula diketahui orang ramai.

Jelasnya banyak info palsu dan kenyataan yang tidak benar yang dikeluarkan masyarakat sedangkan mereka sebenarnya langsung tidak mengetahui apa yang telah terjadi.

Sebagai contoh, ada yang mendakwa wantita ini dijemput Ambulans di rumah sedangkan dia sebenarnya dijemput dan dibawa ke Hospital Sg Buloh dari hospital swasta.

Malah segelintir mereka yang menghubunginya hanyat berniat untuk mengetahui kisahnya dengan tujuan untuk ‘dijaja’ kepada orang lain.

Kehidupan peribadinya diganggu, foto disebarkan seolah seorang penjenayah

Lebih dahsyat apabila kehidupan peribadinya diganggu, foto perkahwinan dan foto keretanya disebarkan seolah dia dan keluarga adalah pesalah .

Akhirnya pulih sebulan sebelum bersalin. Namun terpaksa tukar hospital bersalin malah masih berdepan stigma sama

Meskipun sudah pulih sepenuhnya namun statusnya sebagai seorang pesakit Covid-19 membuatkan orang ramai masih ‘takut’ kepadanya . Perkara itu berterusan sehinggalah beberapa jam sebelum dia melahirkan anaknya.

Meskipun akur dengan segala prosedur, Hazwan masa sama ternyata kecewa sehingga tertanya : “Apakah dosa orang kena covid ni”

Apa-apa pun wanita ini tetap bersyukur segalanya dipermudahkan, namun menerusi perkongsiannya jelas dia mahukan orang ramai lebih peka dan membuka mata mereka agar menghentikan stigma melampau mereka terhadap pesakit Covid-19.

“Pesakit Covid juga ada family, ada perasaan dan yang pastinya kami juga perlukan sokongan “

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.