Now Reading
Sahar Tabar, Instafamous Iran Mirip Angelina Jolie Dipenjara 10 Tahun

Sahar Tabar, Instafamous Iran Mirip Angelina Jolie Dipenjara 10 Tahun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat beberapa tahun lalu, seorang selebriti media sosial dari Iran, Sahar Tabar pernah menjadi topik hangat netizen seluruh dunia gara-gara terlalu obses untuk menyerupai aktres Hollywood, Angelina Jolie sehingga sanggup menjalani pembedahan yang ekstrim pada wajahnya.

Lebih mengejutkan apabila dia sanggup menjalani lebih dari 50 pembedahan demi merealisasikan impiannya itu namun berakhir dengan kecaman dari masyarakat dunia sehingga kelihatan seperti mayat hidup.

Dia bagaimanapun dalam masa sama telah meraih lebih 500 ribu pengikut di akaun Instagramnya, satu-satunya perkhidmatan media sosial utama yang boleh diakses di Iran selepas kisahnya menjadi tular.

Namun sekitar tahun lalu, Sahar atau nama betulnya Fatemeh Khishvand, dilaporkan telah ditahan oleh pihak berkuasa Iran atas beberapa kesalahan antaranya menghina agama, jenayah budaya dan rasuah moral bersama 3 lagi selebriti media sosial di sana.

Terbaru, selepas setahun ditahan Daily Mail melaporkan Sahar telah pun dihukum penjara di Iran selama 10 tahun atas kesalahan tidak menghormati Iran sebagai sebuah negara republik Islam dan menghasut orang muda untuk melakukan rasuah.

Peguam Sahar mengesahkan perkara berkenaan selepas dihubungi wartawan tempatan yang juga seorang aktivis wanita di sana, Masih Alinejad

Masih kemudian menularkan perkara tersebut di media sosial demi memohon simpati orang ramai. Dia dalam masa turut memohon Angelina Jolie sendiri untuk membantu Sahar yang dakwanya telah berdepan ‘ketidakadilan’.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.