fbpx
Now Reading
Video Bapa Sedih Sambil Melambai Anak Bergerak Pulang Buat Netizen Hiba

Video Bapa Sedih Sambil Melambai Anak Bergerak Pulang Buat Netizen Hiba

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hati ibu bapa mana yang tak gembira melihat anak-anak pulang menziarahi mereka setelah sekian lama. Setuju? Kebanyakan ibu bapa menganggap kepulangan permata mereka sudah cukup untuk mengubati kerinduan di hati.

Masa yang berlalu pantas, membuatkan anak anak yang awalnya bertatih, kini sudah meningkat dewasa bahkan mempunyai keluarga mereka sendiri.

Kesunyian melanda apabila anak-anak yang dikasihi terpaksa pulang ke destinasi masing-masing setelah menghabiskan masa bersama, demi kerja hakiki.

Kredit: TikTok/ @noramusz

Baru-baru ini, tular di media sosial yang memaparkan rakaman seorang bapa yang kelihatan begitu berat untuk melepaskan anaknya pulang ke rumah masing-masing sambil memegang pintu kereta anaknya itu.

Menerusi perkongsian seorang pengguna aplikasi TikTok, @noramusz ini memuat naik rakaman tersebut menunjukkan reaksi bapanya yang berlinangan air mata itu melambai anaknya yang menaiki kereta untuk bergerak pulang.

@noramusz

dia menagis kepulangan kita,suatu hari nanti kita akan menagis akan kehilangan dia #abah #fyp #rindutiadapenhujung

♬ original sound – rico cbf 27 – rico cbf 27

“Dia menangis kepulangan kita, suatu hari nanti kita akan menangis akan kehilangan dia,” tulisnya di ruangan kapsyen video tersebut.

Biarpun anaknya dikatakan kerap pulang ke kampung halaman untuk menjenguknya sekali 2 minggu, namun reaksi yang terpancar dimukanya menyentuh hati warganet yang melihat video berkenaan.

Rata-rata video tersebut berjaya meraih sehingga 1.3 juta tontonan di aplikasi TikTok, manakala sebanyak 110.4k yang menekan tanda suka di video tersebut.

Kredit: TikTok/ @noramusz
Kredit: TikTok/ @noramusz
Kredit: TikTok/ @noramusz

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.