fbpx
Now Reading
Warga Emas Bakal Jadi Jutawan Lepas Jumpa Muntah Paus Lebih 100 Kg

Warga Emas Bakal Jadi Jutawan Lepas Jumpa Muntah Paus Lebih 100 Kg

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pernah tak korang tertanya-tanya kenapa kalau terjumpa barang yang unik dan kelihatan berharga selalu dijual dengan harga yang sangat tinggi? Macam pelik je kan, tapi itulah yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang.

Baru-baru ini, kisah seorang lelaki yang berasal dari Thailand ini telah mengemparkan seluruh negara mahupun dunia apabila menjumpai seketul batu besar di tepi pantai yang terletak di Nakhon Si Thammarat, Thailand pada 26 November yang lalu.

Kredit: Asia One

Namun, batu yang Narit Suwansang temukan itu bukanlah batu yang biasa malah ianya adalah muntah paus yang sangat tinggi harganya di pasaran.

Tambahan pula, korang tahu tak bahan ambergris yang terdapat dalam muntah paus itu banyak digunakan dalam produk kosmetik dan pewangi supaya bau wangian dapat kekal lama.

Foto sekadar hiasan. Kredit: Tasneem Naturel

Justeru itu, sudah banyak pengeluar minyak wangi mewah yang telah menggunakan bahan tersebut dalam produk mereka sehingga menyebabkan ianya sangat bernilai dan sesetengah saintis menggelarkannya sebagai ’emas terapung’.

Menurut portal Thairath, terdapat seorang peniaga yang menawarkan kepada lelaki terbabit dengan harga 960,000 Baht (RM12,9781.12) untuk membeli ambergris daripadanya.

Namun, ianya bukanlah harga bagi keseluruhan batu tersebut tetapi harga untuk seberat 1 kilogram seandainya ia merupakan ambergris Gred A.

Bahkan menurut laporan itu lagi, ia merupakan muntah paus yang paling berat yang pernah ditemui dengan berat melebihi 100 kilogram.

Foto sekadar hiasan. Kredit: Libur

“Saya cuma bawa pulang batu itu dan hanya dapat mengesahkan ia adalah muntah paus selepas melihat ada sesuatu meleleh ketika bersentuhan dengan api, mengeluarkan bau musky (aroma kasturi),” katanya.

Kini, Narit dikatakan sedang menunggu pengesahan dari pakar mengenai nilai ambergris tersebut.

“Saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ambergris ini.

“Tolong cari muntah paus ini datang dari paus jenis apa,” ujarnya lagi.

Terdahulu, pada awal tahun yang lalu, seorang lelaki lain turut menjumpai sepotong ikan paus seberat 6.5 kilogram yang bernilai 10.5 juta Baht (RM1.4 juta), manakala yang lain menjumpai potongan lain yang beratnya 16 kilogram dan dianggarkan bernilai 20 juta Baht (RM2.7 juta).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.