Now Reading
Celine Chuang, Pemain B-15 Wanita Malaysia Sertai Gergasi Jerman, Bayern Munich

Celine Chuang, Pemain B-15 Wanita Malaysia Sertai Gergasi Jerman, Bayern Munich

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pemain B-15 wanita kebangsaan Malaysia, Celine Chuang yang baru berusia 15 tahun telah mencuri tumpuan selepas terpilih menyertai kelab bolasepak gergasi Jerman, FC Bayern Munich.

Difahamkan Celine kini beraksi untuk skuad kedua B-17 wanita FC Bayern Munich dan sudah berada di sana sejak Julai lalu.

Secara ringkas gadis ini meminati bola sepak selepas menyaksikan sendiri aksi kakak serta abangnya di atas padang pada sekitar 4 tahun lalu, sebelum tekad menyertai latihan secara serius di Persatuan Sukan Bintang Biru (PSBB), Pulau Pinang.

Dia yang ssemakin serius dan berhajat bergelar pemain profesiona kemudian membuat keputusan berhijrah ke negara jiran, Thailand bagi menjalani latihan bersama Sekolah Antarabangsa British Phuket (BISP) Cruzeiro di Phuket.

“Ketika mengikuti latihan di Malaysia, saya banyak mempelajari tentang asas bola sepak. Namun, di Thailand pula, latihannya lebih sengit dan mendalam kerana saya berlatih setiap sepanjang minggu di bawah metodologi Cruzeiro,” katanya memetik laporan FAM

Bagai rezeki terpijak keluarga Celine kemudian berpindah ke Jerman bagi mengikuti jejak abangnya untuk mendapatkan pendidikan di Munich.

Tidak mahu mensia-siakan peluang gadis ini kemudian mengambil keputusan berani untuk menghadiri sesi pemilihan bersama kelab Bavaria itu pada Februari lalu sambil memperagakan bakat dan kemahirannya.

Dia akhirnya berjaya terpilih untuk menyertai skuad kedua wanita B-17 FC Bayern Munich.

Nama Celine kini mula mendapat tempat di dalam kalangan penyokong bola sepak Jerman susulan kejayaan beliau menjaringkan satu gol untuk pasukan lelaki B-15 Wacker Munchen e.V dan satu lagi gol bersama pasukan kedua B-17 wanita FC Bayern Munich.

Malah dia sendiri sudah mengutip gol antarabangsanya yang pertama bersama skuad B-15 wanita Harimau Malaya pada aksi Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Wanita B-15 2019 selepas menewaskan Kemboja 2-1 di Chonburi, Thailand.

Apa-apa pun tahniah dari kami!

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.