fbpx
Now Reading
Kisah Stadium ‘Ffira Mikah’ Turut Dapat Perhatian Dunia, Kini Muncul Di Akhbar UK

Kisah Stadium ‘Ffira Mikah’ Turut Dapat Perhatian Dunia, Kini Muncul Di Akhbar UK

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan isu stadium mini yang terletak di Kuala Nerang, Kedah sememangnya menjadi topik hangat sejak beberapa hari lalu.

Semuannya gara-gara nama yang digunakan iaitu Stadium ‘Ffira Mikah’ yang didakwa adalah nama seorang pegawai daerah, Hakim Ariff Md Noor yang merasmikannya sebagai nama stadium.

“Sekali pandang pun sudah cukup menampakkan nama tersebut adalah namanya yang diterbalikkan” kata sesetengah netizen namun disangkal Hakim sendiri yang merupakan Pegawai Daerah Padang Terap.

Jelasnya nama tersebut mempunyai maksud tersendiri dan ianya datang dari perkataan Sepanyol/Greek dan Arab sebelum kemudiannya memaklumkan nama stadium berkenaan telah pun ditukar kembali kepada Stadium Mini Kuala Nerang bagi melenyapkan segala dakwaan.

Namun selepas beberapa hari reda, siapa sangka kisah ini rupanya sudahpun tersebar keluar negara. Berita mengenai stadium ini akhirnya muncul di The Independent, sebuah portal di United Kingdom.

Menggunakan tajuk ‘Malaysian official who renamed stadium denies title is his name backwards, insists it is ‘Spanish or Greek‘ artikel yang diterbitkan The Independent ini kemudian sekali lagi mula dikongsikan netizen dalam negara.

Namun ia hanya melaporkan kembali apa yang telah berlaku menerusi laporan yang pernah dikeluarkan Sinar Harian sebelum ini.

Sebagai rekod, The Independent merupakan sebuah portal dalam talian dari United Kingdom dengan pembaca yang berjuta dari seluruh dunia malah mempunyai hampir 10 juta pengikut di laman Facebook  mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.