fbpx
Now Reading
Diusir Dari Bilik Sewa, 5 Sekeluarga Tidur Di R&R Terima Bantuan Uncle Kentang

Diusir Dari Bilik Sewa, 5 Sekeluarga Tidur Di R&R Terima Bantuan Uncle Kentang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak pernah berhenti menghulurkan bantuan! Itu yang meniti di bibir semua rakyat Malaysia bila terdengar nama Uncle Kentang, seorang aktivis dan juga Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia.

Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng sekali lagi menjadi sebutan baru-baru ini selepas dia membantu 5 beranak yang kehilangan tempat tinggal selepas diusir keluar dari bilik sewa mereka gara-gara tidak mampu membayar tunggakan bilik sewa mereka.

Difahamkan beliau dimaklumkan mengenai keluarga ini oleh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (PD) Brickfields yang menerima laporan orang awam pada 8 Disember lalu.

Beliau kemudian bergegas ke sana dan disambut oleh dua anggota peronda yang sedang menemani keluarga malang tersebut.

Uncle Kentang bersama anggota polis yang menemani keluarga malang tersebut

Lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Chong bersama isteri dan anaknya sebelum itu ditemui oleh anggota polis berkenaan ketika sedang mandi di R&R Awan Besar Lebuh Raya Shah Alam.

Selepas disoal mereka kemudian menjelaskan situasi mereka yang terpaksa tidur di sana kerana ketiadaan rumah.

Lebih menyedihkan apabila mengetahui kesemua anak-anak pasangan berkenaan berusia 5 tahun kebawah dan sudah beberapa hari tinggal di sana.

“Polis hubungi saya waktu malam kejadian dan saya sangat sebak mereka sanggup menunggu saya sampai dalam 40 minit.

“Polis sanggup tunggu lama sebab ada budak perempuan (anak pasangan terbabit), takut jadi apa-apa hal.

“Saya sampai di lokasi tersebut, dan saya bawa mereka pergi ke hotel,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini. 

Difahamkan Uncle Kentang kemudian membawa mereka menginal di sebuah hotel di Bandar Puteri Puchong untuk bermalam sementara beliau cuba untuk mendapatkan sebuah bilik untuk keluarga berkenaan di sekitar Puchong.

“Saya sedang dapatkan satu bilik untuk mereka di Puchong dan saya akan cuba bayar sewa semua,” kata Uncle Kentang lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.