fbpx
Now Reading
MAIWP Lancar ‘Gerobok Rezeki’, Bantu Golongan Asnaf & Mereka Yang Perlukan Barangan Harian

MAIWP Lancar ‘Gerobok Rezeki’, Bantu Golongan Asnaf & Mereka Yang Perlukan Barangan Harian

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan penularan wabak Covid-19 dalam negara dan seluruh dunia telah menyebabkan ramai orang kini terjejas dari segi pendapatan.

Ada yang sebelum ini cukup segalanya namun kini bergelut untuk mencari rezeki yang halal demi menyara diri sendiri serta keluarga mereka

Melihatkan pada situatsi berkenaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah melancarkan program Gerobok Rezeki bagi membantu mereka yang memerlukan khususnya golongan asnaf.

Secara ringkasnya Gerobok Rezeki merupakan program berbentuk bantuan makanan keperluan yang diletakkan di Kedai MAIWP yang terletak di Putrajaya.

Gerobok berbentuk rak bertingkat ini diletak di luar pintu masuk Kedai MAIWP untuk diambil oleh mereka yang dalam kesempitan hidup.

Perkara itu dikongsikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, dalam satu hantaran di Twitter.

Menerusi laporan Utusan, Gerobok Rezeki kini terdapat di dua lokasi iaitu di dua buah cawangan Kedai MAIWP yang terletak di Presint 5 dan Presint 9.

Ianya baru sahaja dilancarkan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Akbar Samon yang mewakili  Datuk Dr. Zulkifli bertempat di Kedai MAIWP, Presint 5 pada 15 Disember lalu.

Dalam pada itu, Akbar turut menjelaskan meskipun Gerobok Rezeki ini terletak di Putrajaya namun MAIWP tidak menghadkan lokasi tempat tinggal asnaf yang mahu mengambilnya.

“Kita tiada sekatan atau letak syarat ketat tertentu waima penduduk luar Wilayah Persekutuan sendiri boleh hadir mengambil barang keperluan harian disusun di gerobok ini,” jelasnya lagi.

Dalam masa sama orang ramau juga digalakkan untuk bersama membantu golongan dengan menyumbang di dalam program tersebut.

“Caranya begitu mudah, beli sahaja apa-apa barangan di kedai ini dan maklumkan petugas bahawa barang tersebut untuk disumbangkan kepada sudut Gerobok Rezeki di situ,” kata Akbar lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.