fbpx
Now Reading
Pertama Kali Dengar Suara Baby Panda Macam Kanak-kanak Buat Netizen Teruja [Video]

Pertama Kali Dengar Suara Baby Panda Macam Kanak-kanak Buat Netizen Teruja [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Panda sememangnya haiwan yang memiliki daya tarikan yang sangat kuat dek kerana mukanya yang kelihatan comel serta keletahnya yang mampu membuatkan ramai yang terhibur dengan aksi comelnya itu.

Tapi, korang pernah tak dengar suara baby panda macam mana? Korang mesti tertanya-tanya kan?

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila salah seorang pengguna Twitter, @TweetAtuk memuat naik video yang memaparkan seekor baby panda yang mengeluarkan bunyi mirip seperti suara kanak-kanak sehingga video tersebut berjaya mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video tersebut menunjukkan baby panda yang berada di bawah pemerhatian itu kelihatan menjerit kesakitan ketika badannya lagi diperiksa di atas meja.

Apa yang lebih melucukan ialah baby panda tersebut dikatakan memberikan reaksi yang berlebihan seperti dirinya dicucuk dengan jarum, walhal mereka cuma memegangnya untuk mendapatkan ukuran saiz badannya sahaja.

Justeru itu, ramai yang telah tertipu oleh haiwan berkenaan kerana menyangka ianya berasa sakit apabila disuntik oleh beberapa individu yang berada didalam video tersebut.

Rata-rata video tersebut berjaya meraih jumlah tontonan melebihi 1.7 juta di laman Twitter miliknya, manakala sebanyak 76.1k yang menekan tanda suka.

Tak cukup dengan itu, malah ada juga yang siap mengatakan tidak boleh move on dari mendengarkan suara baby tersebut gara-gara addicted dengan suaranya yang comel itu.

Bahkan, ada juga yang turut mengatakan bahawa haiwan berkenaan terlalu drama queen dek pandai berlakon sakit biarpun badannya hanyalah diukur dengan pita pengukur.

Kredit: Twitter/ @TweetAtuk
Kredit: Twitter/ @TweetAtuk

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.