fbpx

Bermula 2021, Caj Tambahan 50 Sen Dikenakan Untuk Beberapa Kaedah Pembayaran Bil Astro

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Astro menerusi satu notifasi memaklumkan kepada pengguna bahawa bermula 1 Januari 2021, pembayaran bil menerusi beberapa kaedah yang disediakan pihak ketiga (3rd party) akan dikenakan surcaj sebanyak RM 0.50.

Difahamkan pihak ketiga yang terlibat adalah RMS (dahulu dikenali sebagai Razer/MOL), ATX, serta Mobility One .

Perkara sama akan turut dilakukan satu lagi saluran pembayaran pihak ketiga iatu e-Pay bermula 16 Januari 2021

Ini bermakna kesemua saluran pembayaran yang dikuasakan pihak ketiga diatas akan mula mengenakan caj berkenaan kepada pengguna Astro.

Bagi memudahkan anda di bawah kami kongsikan platform-platform pembayaran terlibat:

RMS

  • Razer Pay (termasuk di 7Elevel & Speedmart

ATX

  • Boost
  • GoPayz
  • KelantanPay
  • PahangGo
  • Tapay
  • GoPay
  • MerchantTradeMoney
  • ToneGroup
  • Elinking
  • Mpay
  • Mcash, serta beberapa lagi e-wallet lain
  • RedONEShop
  • Mobile Money,
  • Mypospay,
  • Runcit Hero (kedai telekomunikasi)
  • Parcel Hub(courier shops),
  • Kiosk ATX

Mobility One

  • Kedai D’Mart
  • TM Point
  • Pasar raya Borong Sakan
  • Kedai Runcit Terpilih

EPay

  • Stesen Minyak ( Petronas, Shell, BHP, Caltex)
  • Family Mart, Econ Save, Mydin, Guardian, Watson, My News, Giant, Tesco
  • Touch n Go (TnG)
  • Grab Pay,
  • Shopee,
  • Lazada

Namun ini tidak bermakna anda tidak boleh mengelaknya.

Beberapa saluran pembayaran secara terus tanpa melibatkan pihak ketiga tidak akan dikenakan caj antaranya:

  • Perbankan atas talian(online banking),
  • My Astro App
  • JomPAY (dengan kod bil 9639 diikuti dengan 10 digit nombor akaun Astro).
  • Whatsapp ( dengan menyimpan no 03-9543 3838 sebagai contact dan mesej Hi di whatsapp mereka)
  • AstroPay
  • Auto-Debit di Astro Self-Service Portal

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.