fbpx
Now Reading
Ahmad Maslan Cadang Turunkan Harga Rokok Jadi RM8 [Video]

Ahmad Maslan Cadang Turunkan Harga Rokok Jadi RM8 [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan baru-baru ini mencadangkan agar harga rokok kembali diturunkan.

Lebih menarik perhatian apabila beliau sewaktu sesi perbahasan Akta Kastam 2020 di Parlimen pada 16 Disember lalu mencadangkan agar harganya diturunkan serendah RM8 agar dapat bersaing dengan rokok seludup.

Semua ini menurutnya demi menangani masalah penjualan rokok seludup yang begitu berleluasa dalam negara.

Menurut Ahmad Maslan, data yang diperolehi mendapati 64% rokok yang terjual di pasaran tempatan adalah rokok seludup manakala rokok sah hanya 36%. Ini menyebabkan negara kerugian RM5 Bilion setahun dari hasil penjualan tembakau.

“Malaysia kehilangan RM5 Bilion hanya kerana tax cukai rokok. 64% adalah rokok haram dan 36% sahaja adalah rokok yang sah dan dicukai.

“Rokok dicukai adalah berharga dari RM17.40 ke RM12. Yang seludup adalah dari RM8 ke RM2 dimana beberapa pek rokok lima batang dengan harga RM2. Saya lihatnya sendiri dan harganya RM2.

“Ini amat berbahaya kerana rokok seludup boleh oleh anak sekolah kerana harganya RM2 sekotak” kata Ahmad Maslan.

Tambahnya lagi kajian juga mendapati Malaysia merupakan pasaran gelap rokok terbesar di dunia. Jelas beliau ini tidak seharusnya berlaku kerana rokok seludup mempunyai nikotin dan tar yang tinggi berbanding rokok tempatan.

Selain itu ia juga tidak mempunyai amaran kesihatan mengikut piawaian pengeluaran dan diangap sebagai satu ancaman kepada negara.

Sebagai langkah menanganinya Ahmad Maslan kemudian mencadangkan kerajaan untuk melancarkan pilot program selama 2 tahun untuk menurunkan harga rokok kepada RM8.

“Kita tak nak rugi RM 5 Bilion kerana penyeludupan. Rokok dan RM 5 Bilion bukanlah jumlah yang sedikit dan sekali lagi saya nak sebut ada kajian mendapati Malaysia adalah pasaran gelap rokok terbesar di dunia”

Ahmad Maslan

Tonton video di bawah bermula dari jam 02:18:17

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.