fbpx
Now Reading
Reaksi Spontan Bapa Bebel Lepas Dapat Hadiah Buat Netizen Terhibur [Video]

Reaksi Spontan Bapa Bebel Lepas Dapat Hadiah Buat Netizen Terhibur [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan isu-isu trending, berita semasa dan berita hiburan dari dalam dan luar negara.


Dek kerana tidak mahu anak-anak hidup dalam keadaan serba kekurangan, ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja meskipun terpaksa mengerah segala tenaga dan kudrat mereka hanya untuk anak-anak tersayang.

Sungguhpun tiada apa yang dapat membalas jasa mereka tidak ternilai, tapi apa salahnya jika anak-anak mahu menabur bakti kepada orang tuanya apabila sudah dewasa dan ada duit sendiri kan?

Sama jugalah seperti bapa ini apabila anak perempuannya menghadiahkan sepasang kasut baru kepadanya. Namun, tidak menyangka reaksi bapanya itu mendapat perhatian netizen sehingga video tersebut tular di media sosial.

Menerusi perkongsian anaknya, Su ini dikatakan telah memuat naik video rakaman bapanya menerusi akaun Twitter miliknya itu. Video tersebut menunjukkan bapanya yang sedang membebel sambil memegang sebelah kasut yang baru sahaja diterima.

Menurut bapanya, pembelian kasut mahal itu adalah satu pembaziran dan ia menasihatkan anak perempuannya agar mengamalkan sikap berjimat-cermat. Tetapi dalam masa yang sama, bapanya turut mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah menghadiahkan sepasang kasut baru buatnya.

“Beli apa pulak ni. Orang kata jimat duit, jimat duit. Beli hat nu, beli hat ni. Beli tak berhenti-henti. Ni bukan benda murah. Apa pun terima kasih la beli jugak,” ujar ayahnya.

Perkongsian video tersebut meraih sehingga 158k jumlah tontonan di laman Twitter milik @sueeeeeee, manakala sebanyak 8,411 yang menekan butang tanda suka.

Rata-rata ramai yang terhibur dengan gelagat spontan bapanya yang luar nampak tegas, tapi dalam hati berbunga-bunga setelah mendapat kasut baru dari anaknya. Malah, ada yang berpendapat kebanyakan bapa sememangnya berperangai sebegitu yang tidak mahu menunjukkan perasaan sebenar mereka disebabkan ego.

Kredit: Twitter/ @sueeeeeee
Kredit: Twitter/ @sueeeeeee

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.