fbpx
Now Reading
Arnab Gergasi Yang Manja, Siap Ada Bilik Tidur Sendiri

Arnab Gergasi Yang Manja, Siap Ada Bilik Tidur Sendiri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan isu-isu trending, berita semasa dan berita hiburan dari dalam dan luar negara.


Korang pernah tengok tak arnab yang berukuran sebesar kanak-kanak 2 tahun? Macam tak percaya kan, tapi ianya benar-benar wujud tau!

Arnab jantan baka Continental Giant ini dikatakan memiliki bilik tidur sendiri di dalam rumah tuannya itu. Bahkan Lyn Hobson mengakui bahawa haiwan peliharaannya itu sangat manja dengannya.

Malahan, arnab gergasi itu turut menonton Strictly Come Dancing di saluran BBC sambil duduk di sofa bersama tuannya itu.

Jester yang kini mempunyai 3 katil untuk meletakkan kepalanya yang besar termasuklah satu didalam biliknya.

Kredit: Lee McLean (SWNS)

“Jester adalah haiwan kesayangan terbaik yang boleh diharapkan.

“Karakternya yang sangat menarik, penyayang, tenang dan perilakunya yang sangat baik.

“Saya sayangkannya dan sangat manjakannya, dia seperti anak saya.

“Semua yang saya buat dia akan ikut saya sekali, sama asa menonton televisyen atau mencuci.

“Dia sangat peramah,” kata Lyn yang berasal dari Scunthorpe, North Lincs.

Kredit: Lee McLean (SWNS)

Lyn, 60, merupakan seorang chef yang telah bersara ini tinggal bersama suaminya dan juga seorang bekas anggota tentera, Peter membeli Jester tahun lalu ketika umurnya baru beberapa bulan.

Selain itu, Lyn turut mengajar Jester untuk menggunakan tandas agar ianya dapat tinggal di dalam rumah yang sepatutnya duduk di luar rumah.

“Semua orang yang berjumpa dengannya pasti akan jatuh cinta, dia adalah salah satu dari semua haiwan peliharaan yang menarik perhatian ramai,” katanya lagi.

Lyn yang juga berharap agar populariti Jester menjadi satu kerjaya yang menguntungkan buatnya.

Dalam masa yang sama, Lyn yang memuat naik beberapa gambar mengenai haiwan peliharaannya di akaun media sosial milik Jester itu dibanjiri dengan mesej-mesej dari peminat barunya termasuklah seorang penulis yang menulis tentang haiwan arnab.

Kredit: Lee McLean (SWNS)

Difahamkan, Jester telah menjadi model muka hadapan bagi tajuk pendidikan dan juga watak utama dalam buku kanak-kanak.

Tuannya yang turut mengharapkan agar ianya salah satu permulaan bagi haiwan kesayangannya dalam bidang permodelan dan Lyn telah pun membuat profil untuknya di laman web dimana ia boleh dipilih untuk pekerjaan selanjutnya.

“Harap tahun depan dia boleh buat lebih lagi dalam kerja permodelan, terutamanya pada Hari Easter, yang saya rasa akan lebih sibuk,” tambahnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.