fbpx

Ini Sebab Mengapa Ada Negara Pandu Sebelah Kiri & Kanan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan isu-isu trending, berita semasa dan berita hiburan dari dalam dan luar negara.


Sememangnya ada beberapa negara yang mengamalkan pemanduan jalan raya di sebelah kiri dan ada pula yang di sebelah kanan jalan.

Sebagai contoh, negara kita Malaysia sama seperti United Kingdom (UK) mengamalkan Left Hand Traffic (LFT) atau pemanduan sebelah kiri jalan, manakala negara Amerika Syarikat (AS) mengamalkan sebaliknya iaitu Right Hand Traffic.

Bagi kereta pemanduan sebelah kiri jalan, kebiasaannya tempat duduk pemandu dan steering akan berada di sebelah kanan kereta (sebagai contoh : Malaysia) manakala tempat duduk pemandu akan berada di sebelah kiri bagi pemanduan sebelah kanan jalan.

Namun dari jumlah keseluruhan, kebanyakan negara lebih selesa mempraktikkan pemandu sebelah kanan jalan menyerupai AS.

Hijau menunjukkan negara yang mempraktikkan Left Hand Traffic seperti manakala kuning seperti kita dan UK.

Menurut World Standards, terdapat 165 buah negara yang memandu di sebelah kanan berbanding di sebelah kiri jalan raya seperti kita iaitu sebanyak 75 buah sahaja.

INI SEBAB MENGAPA IANYA BERLAKU

Foto sekadar hiasan. Kredit: Pinterest

Dahulu, kebanyakan mereka lebih suka menggunakan laluan kiri disebabkan ianya mudah untuk menghayunkan pedang atau senjata lain menggunakan tangan kanan.

Sekitar tahun 1700-an, di Perancis dan juga Amerika Syarikat mula memperkenalkan kenderaan kereta kuda untuk membawa hasil ladang ke seluruh negara. Pemandu akan duduk di atas kuda terakhir di sebelah kiri untuk memudahkan mereka mengawasi sesiapa saja yang berselisih dengannya menyebabkan kereta kuda perlu berada di sebelah kanan jalan. Inilah antara faktor mengapa terdapat pemanduan di sebelah kanan jalan pada awalnya.

REVOLUSI PERANCIS

Foto sekadar hiasan. Kredit: ABC

Di Eropah pula, sebelum Revolusi Perancis, ramai golongan aristokrat yang menggunakan laluan di sebelah kiri, manakala golongan bawahan dipaksa untuk menggunakan laluan di sebelah kanan.

Namun, setelah peristiwa pemberontakan berlaku di Bastille sehingga tercetus revolusi yang membuatkan para pembesar berasa rendah diri dan menggunakan laluan kanan seperti golongan bawahan.

Malah, undang-undang rasmi tentang penggunaan jalan raya di sebalah kanan dikuat kuasakan di Paris pada tahun 1794 iaitu setahun selepas Denmark memulakannya pada tahun 1793.

Tetapi, negara-negara yang menentang Napoleon masih kekal dengan pemanduan di sebelah kiri walaupun penaklukan yang dimulakan oleh Napoleon ini menggunakan laluan jalan raya di sebelah kanan.

Antara negara yang menggunakan laluan belah kanan ialah Belgium, Belanda, Switzerland dan beberapa negara lagi, manakala negara yang menggunakan laluan belah kiri pula ialah England, Hungary dan Portugis.

KOLONI BRITISH

Foto sekadar hiasan. Kredit: Iluminasi

Walaupun hampir kesemua negara telah bertukar kepada pemanduan di sebelah kanan, tapi Britain tetap berusaha untuk mengekalkan pemanduan di lorong sebelah kiri.

Ini juga salah satu sebab mengapa negara-negara bekas koloni British seperti India, Australia dan beberapa negara di Afrika masih mengekalkan pemanduan jalan raya di sebelah kiri.

Cuma Mesir sahaja yang bertukar kepada pemanduan di sebelah kanan kerana ianya pernah ditakluk oleh Napoleon sebelum dimerdekakan oleh British.

Biarpun Jepun bukannya sebuah koloni British tetapi mereka turut menggunakan laluan di sebelah kiri untuk pemanduan di jalan raya. Hal ini mungkin disebabkan negara tersebut mendapat bantuan teknikal dari pihak British untuk pembinaan kereta api pertama di Jepun.

INDONESIA

Foto sekadar hiasan. Kredit: Motoqar

Namun berbeza pula bagi Indonesia. Meskipun Belanda telah membawa tabiat pemanduan di sebelah kiri sewaktu menjajah negara berkeanaan pada 1596.

Indonesia tetap kekal dengan amalan pemanduan tersebut meskipun negara Eropah kemudiannya menukar pemanduan mereka ke sebelah kanan ekoran dijajah oleh Napoleon.

PENGARUH AMERIKA

Semenjak Amerika Syarikat mula menghasilkan kereta untuk digunakan di sebelah kanan jalan menyebabkan pengaruh terhadap pemanduan di sebelah kanan menjadi kuat.

Mereka juga turut menggunakan formula yang sama untuk model-model kereta yang dieksport bertukar ke pemanduan di sebelah kanan jalan sehingga satu demi satu negara mengikut pemanduan di sebelah kanan.

Haa.. Macam mana mesti korang terkejut kan dengan perkongsian kami ini? Semoga ianya dapat menambah pengetahuan kita dalam soal sejarah ya!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.