fbpx

Lelaki Berjaya Jual Kotak PS5 Yang Dijumpai Di Tong Sampah Dengan Harga RM 91

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !


Memang gila-gila penangan permainan konsol Playstation 5 (PS5) ini. Dek kerana namanya yang begitu berprestij dan gah, kotak kosongnya sahaja berjaya terjual dengan mudah.

Menerusi laporan Portal Mothersip.Sg, seorang lelaki yang bernama Leslie Koh berjaya menjual sebuah kotak kosong PS 5 dengan harga SG$30.

Yang menariknya, kotak tersebut bukanlah milik Leslie sebaliknya telah ditemui di stor pembuangan sampah di kawasan rumahnya.

Memandangkan Krismas sudah hampir tiba, dia merasakan kotak tersebut sesuai untuk dijadikan bahan ‘prank’ kepada orang lain. Leslie kemudian mengangkut kotak tersebut pulang ke rumahnya sebelum mengambil fotonya dan disiarkan di laman Carousell.

Namun siapa menyangka, sehari kemudiannya seseorang telah menghubunginya untuk membeli kotak tersebut. Leslie yang pada mulaya ragu-ragu bagaimanapun benar-benar berjaya menjual kotak tersebut!

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Leslie menerusi satu posting di laman Facebooknya.

“Jadi hanya untuk berseronok, saya membawa kotak itu pulang, ambil gambar dan siarkan di Carousell.

“Dalam sehari, saya menerima mesej yang seseorang berminat tetapi saya terasa was-was..,”

“Dan kemudian ia benar-benar berlaku.

“Saya menjualnya! tulis Leslie yang turut berkongsi screenshot barangan tersebut yang dijual di Carousell bersama screenshot perbualannya bersama pembeli terbabit. Dia juga turut menyertakan resit paypal pembayaran kotak tersebut menggunakan PayNow di hantaran yang sama.

Leslie pada posting sama turut berkongsikan pengajaran yang baharu sahaja diterimanya iaitu “sekiranya kita tidak mencuba sesuatu yang baru, kita tidak akan ketahuinya”

Terdahulu, pada sekitar November lalu filter PS5 yang menggunakan teknologi Augmented Reality (AR)  menjadi ‘mainan’ dan gurauan oleh ramai pengguna Instagram seolah-oleh menunjukkan mereka antara pengguna terawal yang memilikinya di Malaysia dan seluruh dunia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.