fbpx
Now Reading
Meremang! Jumpa Ular Tedung & Puluhan Anaknya Dalam Kotak Speaker [Video]

Meremang! Jumpa Ular Tedung & Puluhan Anaknya Dalam Kotak Speaker [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan isu-isu trending, berita semasa dan berita hiburan dari dalam dan luar negara.


Umum mengetahui bahawa ular merupakan sejenis reptilia yang sangat merbahaya kerana bisanya mampu mengancam nyawa sesiapa sahaja tak kira manusia mahupun haiwan sekalipun.

Lazimnya, spesis ini seringkali ditemui di kawasan terbiar atau di kawasan semak samun kan? Tapi, gara-gara cuaca yang tidak menentu menyebabkan ia keluar mencari kawasan yang sempit seperti rak kasut ataupun enjin kereta untuknya berlindung agar berasa selamat.

Menerusi perkongsian video yang dibuat oleh Friends of Bomba Malaysia menunjukkan beberapa individu menjumpai seekor ular tedung bersama puluhan ekor anaknya di dalam sebuah kotak speaker, manakala seekor lagi ular dipercayai sudah mati.

Kredit: Facebook/ Friends of Bomba Malaysia

Tidak pasti dimana kejadian ini terjadi, namun difahamkan bahawa ular tedung berkenaan baru sahaja menetaskan telurnya di dalam kotak speaker terbabit.

Foto sekadar hiasan. Kredit: ThoughtCo

Walaupun spesis ini tidak menjadikan manusia sebagai sasarannya, tetapi seandainya dirinya berasa terancam ia akan mula menyerang sesiapa sahaja untuk melindungi dirinya.

Jadi, selalulah bersihkan halaman rumah anda dan pastikan bahawa tiada sebarang haiwan yang merbahaya pun yang tinggal bersama anda. Ingat!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.