fbpx

Nak Jual Kuda RM7,500 Tapi Lain Pula Jadinya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan isu-isu trending, berita semasa dan berita hiburan dari dalam dan luar negara.


Kuda sememangnya salah satu haiwan yang digemari orang ramai terutamanya kanak-kanak. Malah ia juga kerap dijadikan haiwan tunggangan di taman permainan dan pusat rekreasi.

Namun, tahukah anda bahawa harga bagi seekor kuda boleh mencapai sehingga RM10,000 sekiranya kuda tersebut bersaiz besar dan dijaga dengan baik sekali? Mesti terkejut kan!

Seorang pengguna Twitter yang dikenali dengan nama Afiq baru-baru ini telah memuat naik beberapa keping foto kudanya dengan harapan untuk menjual kuda tersebut pada harga RM7,500.

Kredit: Twitter/ @afqhaiqel

Namun, posting yang pada mulanya kelihatan serius itu berubah menjadi satu thread yang kelakar selepas tweetnya dibalas dengan komen dan soalan-soalan yang tidak masuk akal oleh netizen.

Posting tersebut kemudian mula meraih lebih banyak perhatian sehingga ada di kalangan netizen yang meninggalkan komen bahawa kudanya kelihatan ‘nerd’ disebabkan rambutnya yang berbelah di tengah.

Tweet terbabit setakat ini sudah meraih 5,344 likes dan 2,722 retweet mengenainya.
Adoi! tak tahan dibuatnya apabila baca satu persatu komen dan juga soalan yang diajukan kepada Afiq ini. Senak perut tau sebab asyik gelak je!

Kredit: Twitter/ @afqhaiqel
Kredit: Twitter/ @afqhaiqel
Kredit: Twitter/ @afqhaiqel

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.