fbpx
Now Reading
Permohonan Sudah Dibuka, Ini Cara Mohon i-Sinar KWSP

Permohonan Sudah Dibuka, Ini Cara Mohon i-Sinar KWSP

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan isu-isu trending, berita semasa dan berita hiburan dari dalam dan luar negara. 


Permohonan pengeluaran akaun 1 i-Sinar yang begitu ditunggu-tunggu oleh pencarum KWSP kini sudah mula di buka kepada orang ramai mulai hari ini untuk kategori 1 diikuti kategori 2 bermula dari 11 Januari 2021.

Untuk anda yang layak untuk membuat permohonan pengeluaran Akaun 1, di bawah adalah langkah-langkah dan cara membuat permohonan seperti yang telah dikongsikan oleh KWSP sendiri :

#1 Layari laman web rasmi i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my/
#2 Isikan Nombor MyKad/MyPR dan nombor telefon bimbit,
#3 Tekan teruskan

#4 Isikan Nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan Sahkan OTP ATAU Jawab Soalan keselamatan untuk pengesahan

#5 Tetapkan Amaun pilihan.


#6 Tetapkan Bayaran bulan pertama dan tekan teruskan

#7 Lengkapkan segala Maklumat Pemohon yang wajib diisi

#8 Lengkapkan segala Maklumat Pembayaran dan tekan Teruskan

#9 Semak Maklumat Pemohon & Maklumat Pembayaran dan tandakan ☑ sebelum menekan Teruskan.

#10 Selesai! Permohonan anda diterima dan akan diproses. Status permohonan boleh disemak mulai 4 Januari 2021.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.