fbpx
Now Reading
Video Kompilasi Suami Menari Tiap Kali Balik Kerja Buat Ramai Terhibur

Video Kompilasi Suami Menari Tiap Kali Balik Kerja Buat Ramai Terhibur

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/HaissazcH/status/1340663042128789507

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan isu-isu trending, berita semasa dan berita hiburan dari dalam dan luar negara.


Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan sebuah perhubungan yang harmoni dan bahagia bukan? Tipulah jika tiada masalah yang timbul setelah berumah tangga. Tapi pasti kita akan tetap berusaha untuk menggembirakan hati pasangan kita biarpun ianya cuma perkara kecil dimata sesetengah individu yang melihatnya betul tak?

Kebiasaannya kita sering melihat pasangan kita akan moody setiap kali pulang bekerja kan? Namun, pasangan ini lain pula jadinya apabila suaminya selalu saja menari sebaik saja pulang dari tempat kerjanya.

Menerusi perkongsian salah seorang pengguna Twitter @HaissazcH ini dikatakan memuat naik video kompilasi yang dirakam oleh isterinya setiap kali dirinya pulang ke rumah. Ternyata, video tersebut berjaya menarik perhatian ramai sehingga tular di media sosial.

Menurutnya, aksinya itu hanyalah sekadar mahu menggembirakan hati isterinya sahaja setelah pulang dari tempat kerjanya. Bahkan, dia tidak menyangka bahawa isterinya akan merakam gelagatnya itu dan membuat kompilasi sehingga kelihatan melucukan.

Kredit: Twitter/@HaissazcH

Perkongsian video tersebut di laman Twitter miliknya telah mencecah sehingga 122.2k jumlah tontonan, manakala sebanyak 41.3k yang menekan butang tanda suka di video terbabit.

Malah, rata-rata ramai yang meninggalkan komen yang melucukan sehingga mereka terhibur dengan gelagat spontan lelaki berkenaan.

Kredit: Twitter/@HaissazcH
Kredit: Twitter/@HaissazcH
Kredit: Twitter/@HaissazcH

Sekiranya kita berjumpa dengan pasangan kita setelah seharian bekerja di pejabat akan meningkatkan mood kegembiraan kita selain membuatkan emosi kita dan pasangan bertambah baik. Hal ini akan menyebabkan ikatan sesebuah perhubungan itu utuh. Kami doakan semoga perhubungan mereka sentiasa bahagia sehingga ke Jannah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.