fbpx
Now Reading
20 Tahun Meringkuk Dalam Penjara, Lelaki Ini Akhirnya Dibebaskan Selepas Didapati Tidak Bersalah

20 Tahun Meringkuk Dalam Penjara, Lelaki Ini Akhirnya Dibebaskan Selepas Didapati Tidak Bersalah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !


Tiada manusia yang mahukan hidupkan dikawal, dikurung apatalah lagi dipenjarakan. Walaupun begitu, semua orang pasti bersetuju yang penjara atau pusat koreksional adalah tempat yang paling bersesuaian untuk mereka yang bergelar seorang penjenayah.

Namun tidak bagi seorang lelaki dari Korea Selatan ini. Yoon Seong-yeo, 53 dari Hwaseong yang terpaksa dipenjarakan selama 20 tahun atas kesalahan kejam yang tidak pernah dilakukannya.

Seong-yeo didakwa atas kesalahan merogol dan membunuh seorang gadis berusia 13 tahun, pada tahun 1988.

Dipaksa untuk mengaku oleh polis penyiasat

Dia yang tidak bernasib baik kemudiannya telah dipaksa untuk mengakui jenayah tersebut oleh pasukan penyiasat polis dan akhirnya gagal dalam pembelaan seterusnya dikenakan hukuman penjara seumur hidup pada bulan Oktober 1989 oleh Mahkamah Suwon.

Ianya kemudian disahkan oleh Mahkamah Agung pada Mei 1990 menjadikan Seong Yeo sah sebagai seorang banduan.

Semuanya gara-gara pasukan polis disana dikritik hebat kerana gagal menyelesaikan kes rogol dan bunuh yang dipercayai dilakukan seorang perogol bersiri yang membabitkan hampir 10 orang mangsa wanita yang berlaku di Hwaseong.

Namun selepas dia dipenjara masih ada lagi kes tersebut menyebabkan orang ramai mula yakin yang perogol bersiri berkenaan sebenarnya masih berada di luar sana.

Dilepaskan pada 2009 namun masih bawah perintah parol

Dia bagaimanapun telah dilepaskan 20 tahun kemudiannya iaitu pada tahun 2009, namum masih diletakkan di bawah sistem perintah parol.

Meskipun sudah bebas hidup di luar penjara, statusnya sebagai banduan parol tepat tidak mampu membersihkan namanya yang masih bergelar seorang pembunuh dan perogol di mata orang ramai dan pihak berkuasa.

Pembunuh sebenar mengaku

Namun siapa sangka, bagaikan satu keajaiban seorang banduan Lee Chun-Jae yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh kakak iparnya pada 1994, akhirnya tampil mengaku melakukan lebih banyak pembunuhan pada tahun lalu.

Antara pembunuhan yang dilakukan termasuklah gadis berusia 13 tahun yang dikatakan telah dibunuh oleh Seong-yeo satu masa dahulu.

Polis Korea melakukan pencarian pada tahun lalu, selepas kes berkenaan gagal diselesaikan hampir 30 tahun. Foto Yonhap/EPA

Malah dia juga adalah pembunuh bersiri yang dicari-cari sebelum ini atas kesalahan membunuh kesemua 10 wanita di kawasan Hwaseong.

Seong-yeo yang mengetahui perkara berkenaan kemudian memfailkan perbicaraan semula dan dia akhirnya didapati tidak bersalah.

Khamis lalu, 17 Disember 2020 dia mendengar dengan tenang sewaktu Hakim Mahkamah daerah Suwon, Park Jeong-je, meminta maaf kepadanya mewakili pihak badan kehakiman kerana tersilap sehingga menyebabkan ‘kesakitan fizikal dan mental sangat besar’ terhadapnya.

“Tertuduh tidak bersalah,” umum Park dan pembebasan Seong-yeo disambut tepukan gemuruh daripada penyokongnya di galeri.

“Saya harap tiada sesiapa yang perlu melalui apa yang saya lalui dan semua kes menerima perbicaraan yang adil,” kata Yoon kepada media sebaik keputusan disebutkan.

Malah Ketua Polis Daerah, Bae Yong-ju, turut membuat permohonan maaf kepada Seong-yeo di atas kekhilafan pasukannya pada masa lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.