fbpx
Now Reading
Netizen Dakwa Filem ‘Projek Anchor SPM’ Mirip Filem Thailand, Bad Genius

Netizen Dakwa Filem ‘Projek Anchor SPM’ Mirip Filem Thailand, Bad Genius

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Buat pengemar filem Thailand mesti pernah tengok Bad Genius kan? Mana taknya filem tersebut sememangnya mendapat sambutan yang hangat pada tahun 2017 tau!

Tahukah anda bahawa hasil kutipan daripada filem tersebut mencecah sehingga 100 juta Baht ($3 juta). Hebatnya!

Kredit: Pinterest

Filem Bad Genius ini mengisahkan tentang seorang pelajar pintar iaitu Lynn yang juga merupakan kawan kepada Grace, pelajar aktif dalam kokurikulum namun tidak pandai dalam soal pelajaran.

Pada hari peperiksaan, Lynn terlihat Grace sedang menangis ketika menjawab kertas soalan tersebut. Lynn yang berasa kasihan mula membantunya dengan memberikan jawapan kepada rakannya itu.

Tanpa disedari, teman lelaki Grace mendapat tahu akan perkara itu menawarkan jumlah wang yang banyak kepada Lynn untuk menolongnya juga.

Lama-kelamaan, pelajar lain mula sedari akan tindakan Lynn itu dan mula melanggan perkhidmatannya dengan membeli jawapan ujian agar lulus dalam peperiksaan.

Namun, baru-baru ini tular di Twitter apabila seorang netizen mendakwa sebuah filem tempatan Projek Anchor SPM menciplak idea filem berkenaan. Bahkan, ia turut berasa kesal kerana filem terbitan pengarah tempatan itu seakan sama dengan filem Bad Genius dari negara Thailand.

Ianya merasakan seolah-olah negara Malaysia suka menciplak cerita dari luar negara. Malah, dia turut berharap agar pihak berwajib dapat menghasilkan sebuah filem ataupun drama yang berkualiti yang datangnya daripada idea sendiri.

Kredit: Twitter/ @Razaisyam

Filem Projek Anchor SPM ini bakal ditayangkan tidak lama lagi ini dibarisi oleh barisan pelakon yang popular seperti Daiyan Trisha, Aedy Ashraf, Shasha Abedul dan ramai lagi.

Sebelum menghukum, apa kata kita ramai-ramai saksikan filem Projek Anchor SPM ini nanti. Lebih baik kita tengok dulu okay!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.