fbpx
Now Reading
Rezeki Terpijak, Petani Temui Berlian Lebih RM300,000 Di Tanah Kebunnya

Rezeki Terpijak, Petani Temui Berlian Lebih RM300,000 Di Tanah Kebunnya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !


Kami yakin anda semua pasti pernah mendengar istilah ‘rezeki terpijak’ ataupun ‘duit terpijak’ bukan? Ayat ini biasanya digunakan apabila anda atau seseorang mendapat sesuatu yang berkaitan rezeki atau wang tanpa diduga.

Namun seorang petani di India benar-benar menemui ‘rezeki terpijak’ apabila dia telah menemui sebutir batu berlian di kawasan tanah yang baru sebulan dipajaknya. untuk diusahakan.

Lakhan Yadav, 45, yang berasal dari bandar Bhopal, Madhya Pradesh difahamkan pada mulanya telah menemukan sebutir batu yang seakan batu kerikil ketika sedang menggali tanah tersebut yang hanya berkeluasan 100 kaki persegi.

Sama seperti orang lain, dia kemudian bertindak membersihkan batu berkenaan untuk mengenal pasti apakah jenis batu yang dijumpainya itu sebelum mendapati ianya menghasilkan kilauan yang cantik di seluruh permukaannya.

Dia yang teruja dan penuh rasa ingin tahu kemudian bertindak membawa batu tersebut untuk diperiksa oleh seorang pakar berlian.

Ianya adalah berlian 14.98 karat bernilai RS 70 Lakh

Siapa menduga, pakar tersebut kemudiannya mengesahkan batu berkenaan bukan lah batu-batu biasa sebaliknya sebutir berlian 14.98 karat dengan nilai harga mencecah RS 70 Lakh bersamaan RM385,000.

Tidak menunggu lama, Yadaz kemudian terus menjual berlian dalam satu sesi lelongan sebanyak RS 60.6lakh (RM 333,000)

Gunakan untuk pendidikan anak-anak

Menurut Yadaz, dia akan gunakan duit yang diterima dari penjualan berlian itu untuk perbelanjaan pendidikan kesemua anaknya.

“Berlian itu telah mengubah hidup saya.

“Saya tidak mengimpikan sesuatu yang besar. Saya tidak berpelajaran. Jadi duit tersebut akan saya simpan sebagai Fixed Deposit (FD) untuk dijadikan perbelanjaan pendidikan keempat-empat anak saya,” katanya kepada portal Times Of India.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.