“Akhirnya Bertemu Juga Kami” – Najib Razak Kongsi Foto Bersama Pakcik Doakan Bonda Di Luar Pagar
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !
Pemergian Allahyarhamah Tun Rahah Tan Sri Dato’ Haji Mohamed Noah, ibunda kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini telah meninggalkan kesan kepada orang ramai disebabkan kebaikan beliau semasa hayatnya.
Antaranya ialah seorang warga emas, pakcik Rusli Md Udin yang baru-baru ini tular fotonya dilihat sedang berdoa di luar perkarangan Masjid Negara sewaktu pengurusan jenazah Allahyarhamah.
Najib kemudian menerusi satu posting di Facebook menzahirkan rasa terima kasih dan meluahkan hasratnya untuk bertemu dengan warga emas tersebut di masa akan datang.
Berkat usaha netizen dan orang ramai, beliau akhirnya dapat bertemu dengan pakcik Rusli
Akhirnya, bertemu juga kami.
Kedua mereka difahamkan bertemu sewaktu majlis tahlil buat ibunda beliau yang berlangsung pada malam tadi.
Terdahulu bekas perdana menteri itu ada berkongsi satu video dimana warga emas itu memaklumkan yang dia telah berjalan kaki dari Kampung Baru ke Makam Pahlawan demi memberikan penghormatan terakhir kepada Tun Rahah.