fbpx
Now Reading
Disangka Emak Suami Kerana Penampilan, Instafamous Sedih Dapat Komen Jahat Dari Netizen

Disangka Emak Suami Kerana Penampilan, Instafamous Sedih Dapat Komen Jahat Dari Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, seorang instafamous luah rasa terkilannya terhadap sesetengah pihak yang masih memerli bentuk fizikalnya bahkan menjadikan ianya sebagai bahan lawak mereka.

Beby Tora Tora atau nama sebenarnya ialah Nor Atierah Zulfatie Zulkifli ini berkongsikan sekeping gambarnya bersama suami tercinta di laman Instagram miliknya beserta kapsyen yang menyentuh hati.

Menurutnya, dia mula menerima komen berbentuk kecaman apabila dia memuat naik video dirinya bersama suami di aplikasi TikTok tersebut.

Dia yang mengakui bahawa jarak umur antara dia dan suaminya adalah 5 tahun, tetapi janganlah terlalu jujur sehingga tidak menjaga sensitiviti individu tersebut.

Malah, dia turut merasakan mengapa mereka yang memiliki tubuh badan yang besar itu akan merasa malu disebabkan kritikan-kritikan yang diterima itu seolah-olah mengaibkan mereka.

“Mungkin sebab ini la ehh orang tak suka jadi gemuk. Nanti jalan dengan suami, orang kata bawa mak pula,” tulisnya di ruangan kapsyen tersebut.

Meskipun dia sering mendapat kritikan dari sesetengah pihak, namun dia bersyukur kerana telah dikurniakan seorang lelaki yang juga seorang suami yang sangat menyayanginya dan menerima isterinya seadanya.

Rata-rata ramai yang memberikan kata-kata semangat buatnya, malah ada yang menasihatinya agar menghiraukan komen-komen negatif tersebut.

Kredit: Instagram/ @beby_toratora
Kredit: Instagram/ @beby_toratora
Kredit: Instagram/ @beby_toratora

Terdahulu, Beby yang mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Muhammad Hafiz Johari pada 11 Mac 2019 dan sehingga kini dia terlihat semakin aktif membuat paid review produk makanan di lama Instagram miliknya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.