fbpx
Now Reading
Gara-gara Rumah Terbakar, 5 Sekeluarga Tinggal Dalam Kereta Selama 8 Bulan [Video]

Gara-gara Rumah Terbakar, 5 Sekeluarga Tinggal Dalam Kereta Selama 8 Bulan [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah sahaja ungkapan yang sesuai diberikan disaat melihat keadaan 5 sekeluarga ini yang tepaksa menjadikan kereta mereka sebagai kediaman selama 8 bulan.

Kisah sedih yang menimpa keluarga S Ganesh, 34, difahamkan bermula selepas rumah mereka yang terletak di Lebuh Carnavon, Georgetown terbakar pada 6 April lalu.

Ekoran dari itu dia bersama isteri Parameswari, 32 serta dua lagi anak mereka terpaksa berteduh dan tidur di dalam kereta buat satu tempoh yang begitu lama.

Lebih menyedihkan apabila Parameswari sewaktu kejadian sedang sarat mengandungkan bayi mereka, Kirthana yang kini sudahpun berusia 8 bulan.

Foto : Bernama

Mereka juga terpaksa menggunakan tandas awam di beberapa lokasi di sana bagi membersihkan diri serta mendapatkan sumber air.

Terpaksa beri bayinya air kopi

“Sehinggalah dua minggu kemudian, saya melahirkan anak ketiga, Kirthana dan menjalani proses berpantang di dalam kereta.

“Kirthana yang kini berusia lapan bulan diberi susu badan namun pernah saya terpaksa beri dia minum air suam dan air kopi kerana tidak sanggup melihat dia kelaparan,” katanya kepada Harian Metro,

Malah pasangan ini juga terpaksa memberi dua lagi anak mereka Girthikanesh, 8, dan Devi Shri, 6, kepingan biskut untuk mengalas perut ketika ketiadaan bekalan makanan.

Setiap hari makan mee segera atau kuih

Disebabkan faktor ekonomi yang tidak mengizinkan keluarga ini juga terpaksa mengalas perut mereka setiap hari dengan menjamu mi segera ataupun kuih yang berasaskan tepung yang dimasak Parameswati dengan menggunakan dapur kecil jenis portable.

Dapur gas yang digunakan keluarga ini untuk memasak Foto: Berita Harian

Ganesh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji RM,1200 setiap bulan juga terpaksa berjimat cermat memandangkan dia perlu menggunakan wangnya untuk perkara lain seperti membeli lampin pakai buang, mengisi minyak kereta malah membaiki kereta milik ibunya itu.

Sudah memohon rumah PPR namun masih tiada jawapan

Justeru Ganesh benar-benar berharap dia dapat menyediakan rumah untuk keluarganya demi keselesaan mereka.

“Memang ada hasrat nak sewa rumah, tetapi ia perlukan deposit agak tinggi dan kami tiada wang sebanyak itu. Kami juga sudah dua kali memohon menyewa unit di Projek Perumahan Rakyat (PPR), namun masih tiada jawapan daripada kerajaan negeri.

“Saya ada adik-beradik, tetapi tidak mahu menyusahkan mereka kerana saya faham mereka juga sedang bergelut dengan kesempitan hidup pada masa ini,” katanya lagi.

Terdahulu, keluarga mereka telah menerima kunjungan Persatuan Hindu Pulau Pinang yang diketuai Presidennya, P Murugiah yang tampil memberikakan sumbangan makanan kepada mereka.

Pihaknya juga kini akan membiayai kos penginapan keluarga itu di hotel bajet semenetara menunggu permohonan menyewa rumah PPR diluluskan.

Keluarga ini di tapak rumah mereka yang terbakar di Lorong Carnarvon, Georgetown Foto BH/ Danial Saad

“Kita juga akan membiayai kos penginapan di hotel bajet sehingga permohonan bagi menyewa rumah PPR diluluskan,” katanya.

Jadi buat anda yang ingin menyalukan bantuan atau sumbangan bolehlah menghubugi Ganesh sendiri di talian 011-36779438.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.