fbpx
Now Reading
KFC Perkenal KFConsole, Konsol Permainan 4K Siap Fungsi Pemanas Ayam

KFC Perkenal KFConsole, Konsol Permainan 4K Siap Fungsi Pemanas Ayam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Kedengaran pelik dan umpama tidak masuk akal, namun itulah kenyataannya. KFC, syarikat restoran makanan segera yang terkenal di dunia membuat kejutan apabila memperkenalkan KFConsole, konsol permainan mereka sendiri.

Konsol yang dihasilkan menerusi kolaborasi bersama Coolermaster ini difahamkan akan menggunakan casing custom MasterCase NC100  yang dikuasakan Intel NUC 9, Next Unit of Computing (NUC) terbaru yang biasanya digunakan untuk kegunaan Mini PC bagi kegunaan gaming.

Grafiknya juga bukan calang-calang. Konsol atau mini PC ini dijangka GPU daripada NVIDIA.

Meskipun tiada maklumat lanjut mengenai GPU yang bakal digunakan melainkan hanya menyebut nama Asus, skematik menunjukkan kad jenis GeForce RTX. Malah ada yang menjangkakan Geforce RTX 2080 ataupun yang lebih berkuasa.

Konsol ini juga bakal dilengkapi ruangan storan 2TB menggunakan 2X Seagate Barracuda 1TB NVME SSD. Ini bermakna anda dapat menyimpan banyak permainan di dalamnya bukan?

Sukar untuk dibandingkan dengan konsol seperti Sony Playstation 5 (PS5) ataupun X Box Series X ataupun , namun kehadiran KFConsole ini dijangka merancakkan lagi arena dunia gaming.

Ini kerana konsol ini juga menyokong resolusi 4K, 240fps. Malah ia juga tersedia menyokong permainan Virtual Reality (VR)

Fungsi pemanas ayam

Namun yang paling menarik pastinya fungsi pemanas ayam yang dimiliki konsol ini. Menurut KFC Gaming, terdapat ruangan khas pada konsol tersebut yang akan menarik haba yang dijana komputer berkenaan bagi tujuan memanaskan ayam, ataupun makanan lain.

Menurut mereka, ianya bagi memudahkan pengguna untuk terus bermain game tanpa perlu khuatir akan keenakan makanan mereka yang akan sentiasa dipanaskan.

Nampak menarik bukan? Apa-apa pun kita tunggu pengumuman dari KFC atau Coolermaster mengenai harga konsol berkenaan dan tarikh ia akan dilancarkan! Dari segi kuantiti pula tak pastilah sama ada ianya edisi terhad atau pun tidak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.