Luar Biasa! Buaya 7 Kaki Tinggal Serumah Bersama Tuannya Sejak 39 Tahun Lalu [Video]
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!
Buaya sememangnya haiwan reptilia yang paling digeruni oleh orang ramai kerana sifatnya yang sangat ganas dan lasak itu. Malah, ia boleh menewaskan seseorang dalam masa beberapa saat dengan menggunakan giginya yang tajam dan juga ekornya yang kuat.
Meskipun haiwan ini pemakan daging, namun masih ada yang menjadikannya sebagai haiwan peliharaan di rumah. Aneh kan?
Sebuah keluarga Jepun yang berasal dari Bandar Kure, Hiroshima ini dipercayai membela seekor buaya yang diberi nama Caiman-san ini sudah hampir 40 tahun.
Ketika itu, Nobumitsu Murabayashi membeli Caiman-san dari sebuah kedai haiwan setelah anak lelakinya merayu kepadanya. Sehingga kini, dia masih tidak percaya bahawa haiwan tersebut sudah menjadi sebahagian daripada ahli keluarga mereka.
Menurut tuannya, Caiman-san yang seberat 45 kg dan panjangnya mencecah 7 kaki ini dikatakan sangat jinak bahkan tidak akan menyakiti sesiapa sahaja.
“Saya tidak pernah menyangka dia akan jadi sebesar ini. Sudah 39 tahun saya menjaganya.
“Saya cuba berkomunikasi dengannya melalui tindakan seperti menggosok gigi dan lain-lain.
“Setiap hari isteri saya akan menjadi muak dengan saya. Oleh itu, saya menghabiskan hari saya dengan Caiman-san sebagai gantinya,” katanya.
Dia turut memberitahu bahawa buaya tersebut hidup bebas di dalam rumahnya termasuklah tidur, makan dan juga berenang di dalam tab mandinya itu.
Walaupun buaya kesayangan Nobumitsu ini tinggal di dalam rumah, tetapi kadang-kala tuannya akan membawanya keluar berjalan-jalan dan membiarkan kanak-kanak menyentuh dan menaiki badannya.
Haa.. Kalau korang berani tak sentuh buaya tu?